Senang Hamil

ShoutMix chat widget
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Gelombang Otak dan Law Of Attraction



Saya pasti ramai yang pernah dapat apa yang mereka mahu dan ada yang tak dapat apa yang mereka mahu. ia ada kaitan dengan Hukum Tarikan atau Law Of Attraction (LOA)

Cuba kita lihat hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat merasainya. Sebenarnya dia telah memasuki atau telah seimbang dengan frekuensi alam. Sehinggakan dapat merasakan atau membaca mengikut gerak hati. Saya pernah terbaca dalam satu surat khabar mengenai otak tengah. Namun masih baru di Malaysia.

Teknik untuk LOA :

Fokus

Saya percaya ramai yang focus. Bukan focus kepada apa yang dikehendaki. Tapi focus kepada apa yang tak dikehendaki. Contohnya ‘Saya suka bentuk badan saya yang ideal’ berbanding ‘Saya tak suka gemuk’

-perkataan ‘tak’ tidak diambil kira oleh LOA. Cuba buang perkataan ‘tak’ dan ayat menjadi ‘Saya suka gemuk’. Maka, memang patutla sentiasa gemuk

Ia bukan sahaja kepada perkataan, namun pemikiran, emosi dan kelakuan juga mesti positif.

Kehendak

Sejauh mana kehendak dan kesanggupan kita untuk dapatkan sesuatu? Selalunya orang akan cakap ‘nak’ tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya orang yang beralasan. Sebab itulah ada pepatah mengatakan orang beralasan tidak akan berjaya

Praktis

Praktisla sentiasa untuk bercakap benda positif. Sentiasa guna perkataan yang positif. Jika sukar untuk berkata positif dalam keadaan yang negative, senyumlah. Senyum adalah ubat yang terbaik.

Relax

Saya pernah diuji dalam satu kursus mengenai tindak balas manusia apabila diberikan masalah dan ditanya cara penyelesaian dalam masa beberapa saat. Manusia sememangnya suka untuk berfikir rumit dan merumitkan keadaan yang simple. Apa yang penting, relax dan fikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya.

Cara yang saya selalu amalkan ialah dengan mendengar alpha dan theta waves. Ia membantu untuk masuk ke tahap tenang dan kemudiannya akan mendapat penyelesaian terhadap apa yang perlu dilakukan. Gelombang theta di sini :

https://www.facebook.com/pages/Relax-Santai/115967101839082


Dan semoga mendapat apa yang diidamkan. THINK BIG….



Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs Pengasas APPLE meninggal dunia




Bolehkah kita bayang menggunakan komputer sekarang sekiranya Apple tidak pernah memperkenalkan komputer berbentuk peribadi?

Steve ialah seorang yang liar imaginasi dan mementingkan keaslian sesuatu ciptaan. Lebih dasyat, dia nampak dirinya sebagai seorang seniman dan visinya sebagai seorang seniman itu mesti dipatuhi. Akibatnya, dia menjadi pengurus yang susah untuk dipuaskan dan kerap kali mencipta produk yang tidak praktikal.

Maka, tidak hairan, Steve kemudian dipecat dari Apple. Dia bertindak dengan memperkenalkan teknologi baru bernama NeXT. Dan satu lagi tindakan penting ialah membeli syarikat Pixar yang dijual oleh George Lucas.

Steve Jobs meninggal dunia pada hari Rabu (5/10/2011) pada usia 56 tahun. Cerita hidup Steve Jobs itu panjang dan penuh dengan episod dramatik dan kecemerlangan. 5 Oktober, sehari setelah pelancaran iPhone 4s, Steve Jobs meninggal dunia.

Untuk setiap pengguna komputer di seluruh dunia, kita harus akui bahawa kita sekarang hidup di zaman Steve Jobs.


Monday, September 26, 2011

Matlamat Pelaburan Emas



Harga emas semalam telah menurun sehingga paras USD 1650/Oz dan perak pula menurun ke USD 30/Oz pada malam tadi, penurunan yang drastik ini telah membantu ramai pelabur emas menambahkan stok simpanan mereka, jika anda masih belum berbuat demikian, jangan berlengah lagi..buat belian sekarang!

Jenis emas yang terbaik untuk dijadikan pelaburan:

Untuk bermula didalam pelaburan emas, apa yang paling penting ialah matlamat pelaburan anda, adakah tujuan anda melabur untuk jangka masa panjang? Jangka masa sederhana? Mendapat cash flow setiap bulan? dan sebagainya


Beberapa pelaburan emas fizikal yang mungkin sesuai dengan anda:


1) Membeli jongkong emas (GOLD BAR)

Membeli jongkong emas lebih kepada beli dan simpan, anda beli pada harga murah seperti hari ini dan anda simpan sama ada di rumah atau di peti simpanan yang terdapat di bank, dalam jangka masa setahun anda jual emas anda dan anda akan mendapat keuntungan di antara 25% ke 30% setahun.

Risiko membeli jongkong emas ialah ia tidak boleh dipajak di Arrahnu, ia hanya diterima di beberapa tempat sahaja, contohnya di PublicGold sendiri, tapi ia hanya terhad kepada dealer PublicGold sahaja. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah kewangan, anda terpaksa menjual jongkong emas anda.


2) Membeli Barang kemas

Membeli barang kemas sama juga dengan membeli jongkong emas, di mana anda beli ketika harga rendah dan simpan, apabila harga telah meningkat, anda jual dan dapat keuntungan.

Risiko atau kekurangan membeli barang kemas ialah spread yang tinggi, jika anda membeli barang kemas seperti gelang tangan, rantai, cincin dan sebagainya di kedai emas, spread yang akan akan dikenakan ialah diantara 25% ke 40%, maksudnya ialah, harga beli yang ditawarkan murah sebanyak 25% ke 40% dari harga semasa. Ini bermakna , jika anda membeli barang kemas pada hari ini, anda hanya akan dapat keuntungan selepas 2 tahun .

Kelebihan membeli barang kemas ialah anda boleh memajak barang kemas anda di semua pajak gadai dan Arrahnu di seluruh malaysia tanpa banyak soal. Jika anda memerlukan wang tunai, anda cuma perlu bawa barang kemas anda dan kad pengenalan ke mana2 Arrahnu yang berhampiran dengan tempat anda. Selain daripada senang dipajak, barang kemas juga boleh dipakai, berbeza dengan jongkong emas yang hanya boleh disimpan.

Jika anda berhasrat membeli barang kemas sebagai asset pelaburan, anda perlu pastikan

1. Ia adalah barang kemas 999 atau 916

2. Tidak mempunyai permata, berlian atau emas putih

3. Pastikan ia padat dan padu


Thursday, September 22, 2011

Kepentingan Hormon Progesteron




Kajian klinikal menunjukkan bahawa hormon memainkan peranan yang penting dalam kesihatan badan serta penjagaan kulit. Salah satu hormon ialah progesteron, yang mustahak untuk membolehkan badan membuat dan mengawal hormon lain seperti cortisol, aldosterone, estrogen dan testosterone. Ini bermakna bahawa progesteron adalah hormon pengasas yang amat penting supaya badan boleh menjanakan hormon-hormon yang lain.

Progesteron adalah hormon penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan. Perkataan "progesterone" dalam bahasa Latin bermakna “menyokong” atau “membawa” bagi merujuk kepentingan ini.

Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, dan telah didiagnosa sebagai mengalami tahap hormone progesteron yang rendah, ini menyebabkan lapisan endometrium (yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan. Kekurangan hormon progestrone juga menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya.

Dr John R. Lee, seorang pakar terapi hormon semulajadi dan kesihatan wanita berpendapat bahawa sebab-sebab kekurangan progesteron termasuk cara hidup yang tidak sihat, tekanan hidup, pencemaran alam sekitar, makanan yang kurang berzat, pendedahan kepada bahan-bahan kimia, radiasi, peningkatan usia, menopaus, kurang bersenam, dan sebagainya. Pendek kata, tanpa Progesterone, ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan berbagai masalah kesihatan akan berlaku. Semakin lama, semakin ramai wanita serata dunia dilaporkan mengadu kesihatan mereka terjejas


Wednesday, August 24, 2011

Wall Facebook Lepas Ni Selamat


Yes! Akhirnya!! Saya xperlu lagi remove tag dan sakit hati bila ada yang tag-tag gambar jual tu la, ni la.. Irfan Khairi cakap tag-tag gambar ni sebenarnya SPAM.


Sunday, August 21, 2011

Pelaburan Silver Menakjubkan!




Silver adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi iaitu rekod tahun lepas iaitu lebih 100% berbanding emas sekitar 37%.

SILVER > 100%, EMAS = 37%

Memang best..

Kepada pelabur baru yang modal tak banyak, kita bermula dengan silver. Sebab apa pilih silver? Sebab harga silver masih murah. Dan silver pada saya masih mampu dimiliki oleh 80% pelabur kelas pertengahan di Malaysia...

1 oz = RM140 -RM150

1 bulan belilah 1 oz sahaja... ikut kemampuan, mampu lebih, ambil 250g / 500g atau 1kg terus.


Fasa Luteal Wanita


Suatu kitar haid terbahagi kepada dua fasa.

1. Fasa Folikel - Bermula dari hari pertama haid hingga ovulasi

2. Fasa Luteal - Selepas ovulasi sehingga haid berikutnya

Oleh itu, pemisah antara fasa folikel dan fasa luteal adalah haid dan ovulasi.


Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal. Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan. Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim. Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk. Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan.

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh, maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid.

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO), Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari

Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain. Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah.

Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu, jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.

Berikut adalah suatu 'misconception' bagi seseorang wanita yang mengunakan kaedah kalendar bagi mengira hari-hari subur iaitu mereka kira dari 'depan' iaitu dari fasa folikel sedangkan fasa folikel boleh berubah-ubah. Sebaliknnya, pengiraan hari ovulasi dan hari-hari subur ini sepatutnya dikira dari 'belakang' atau dari fasa luteal ini.

Dengan mengambil kira fakta ini, kita boleh kesan waktu ovulasi dalam sesuatu kitar haid dengan formula berikut:

Tempoh Kitar Haid - Tempoh Fasa Luteal.

Contoh:

Tempoh Kitar Haid = 28 hari

Tempoh Fasa Luteal =12 Hari

Ovulasi : 28-12=16

Oleh itu, ovulasi akan berlaku pada hari ke 16 bagi kitar haid wanita ini.


Tuesday, August 16, 2011

Kencing Bau Petai



Teringat masa belajar di UPSI dulu. Ada seorag student tanya lecturer dalam dewan kuliah kenapa kencing bau petai? Ha… Apa sebabnya? Apa apa?

Jawapan lecturer tu sebabnya bau tu adalah waste product. Jadi kenala buang melalui air kencing. Xlehla kuar sebagai peluh.

Sakni sempat saya google mengenai hal ni. Jawapan dari sorang ni katanya sebab partikel-partikel yang menyebabkan bau petai tu kuat dan tidak ditapis sepenuhnya di ginjal (the rest pergi ke mana?)

Aiyaaa… Saya perlu google banyak lagi tapi sekarang nak readykan diri untuk berbuka puasa.


Friday, August 12, 2011

Panduan Memilih Minyak Wangi Auralife


Petang tadi adik sms mengenai kesan pemakaian minyak wangi Auralife ni. Dia yang baru ja masuk ke politeknik di kuantan minggu lepas mengalami sedikit tekanan kerana tiada kawan.

Tadi dia memakai minyak wangi Auralife untuk pelaris dan desire. Dan dia merasai perubahan aura apabila ada seorang kawan duduk di sebelahnya yang mana sebelum ni dia sorang-sorang.

Saya sendiri merasai perubahan ini. Saya rasa lebih bertenaga apabila mengajar kerana dapat melontarkan suara semasa dalam makmal. Keluasan makmal jauh beza berbanding kelas biasa.

Untuk sesiapa yang mahukan minyak wangi Auralife, ini ada panduan untuk memilih minyak wangi yang sesuai.


1) UNGU (WARNA UNTUK SEMANGAT INGATAN DAN FIKIRAN

Menjana kesihatan dan penyembuhan, awet muda, menjana hormon, memori dan tumpuan, penawar toksik dalam otak, mata kanan, migrain, tekanan, mimpi yang kronik, mengimbangi fikiran dan kepintaran.


2) INDIGO (WARNA UNTUK KECERIAAN DAN KETENANGAN)

Menjana 'Nervous System', mata kiri, anti bakteria, anti oksidan, semua penyakit berkaitan hidung, masalah neurologi, sakit tulang, sakit telinga dan sakit mata.


3) BIRU (WARNA HUBUNGAN DAN PERTUTURAN)

Masalah berkaitan dengan tekak, Tiroid, Parathyroid, Lyrynx dan Tonsil. Masalah bertutur (gagap), metabolismetidak seimbang, gangguan selera, masalah berat badan dan suhu badan tidak menentu. Ambil ia sebagai program pelangsingan.


4) HIJAU (WARNA KASIH SAYANG DAN KETENANGAN)

Masalah hati dan paru-paru, masalah emosi berkaitan perasaan, patah hati, sakit kepala, masalah pernafasan, sakit dada, masalah buah dada, dan kawasan berhampiran tangan, kaitan paru-paru, batuk asma, radang paru-paru, sakit jantung, gangguan tisu halus dan masalah kesedihan.


5) KUNING (WARNA KEBERANIAN)

Sistem penghadaman (perut, hati, duodenum, hempedu, pangkreas), gastrik, ulser (luka dalam perut), masalah kolestrol, penstabil sistem ransangan, meredakan masalah buah pinggang dan kulit.


6) JINGGA (WARNA KEGHAIRAHAN DAN POTENSI)

Untuk fungsi kelelakian, mati pucuk, trauma emosi, berkenaan dengan keinginan, penghasilan sperma yang sangat kurang, kesuburan, masalah prostat, jangkitan salur kencing. Untuk wanita, semua masalah berkaitan sakit puan, senggugut, tekanan sebelum haid, haid tidak teratur, putus haid (menopaus)dan masalah keinginan.


7) MERAH (WARNA UNTUK MENYEIMBANGKAN PEMIKIRAN NEGATIF DAN EMOSI ASAS)

Semua penyakit berkaitan darah, masalah urat timbul, buasir dan pembekuan darah dalam pembuluh darah atau jantung. Sebagai rawatan cirit birit, najis berdarah, sindrom radang usus, sembelit, untuk semua kesihatan fizikal juga baik untuk segala masalah berkaitan urat saraf dan tulang. Juga sebagai penawar untuk toksik dan pencemaran elektrik.


Thursday, August 11, 2011

Pelaburan Diri Untuk Masa Depan



Saya pernah terbaca mengenai pengurusan perbelanjaan bulanan. Iaitu 80% untuk keperluan (bil dan makan), 20% untuk simpan, dan 20% lagi untuk pelaburan dalam pendidikan.

Namun saya percaya ada yang menggunakan 100% gajinya untuk membeli. Dan di akhir bulan, gajinya telah menjadi negative. Dan ada juga yang tak sanggup keluarkan 20% daripada gajinya untuk pelaburan dalam pendidikan.

Contohnya seorang A sangat ingin tahu dalam satu bidang yang dia perlu tahu. Tetapi dia xsanggup keluarkan modal untuk dapatkan ilmu dalam bidang itu. Rasa-rasa wajar ke xwajar?

Mengikut Napoleon Hill dalam buku ‘The Master-Key To Riches’, ada disentuh mengenai ilmu dan pendidikan tak ada penghujungnya. Saya tertarik pada satu ayat yang berbunyi, ‘A reading program should be as carefully planned as a daily diet, for knowledge, too, is food, without which we cannot grow mentally’

Walaupun begitu, pendidikan bukan saja dari segi pembacaan, tetapi orang yang kita jumpa seperti seminar dan mana-mana majlis ilmu.

Yang penting, diri sendiri kena belajar untuk kuarkan sedikit modal untuk dapatkan lagi banyak keuntungan, bukan saja di dunia, tapi di akhirat.


Bersaing Tanpa Menurunkan Harga Lebih Menguntungkan Peniaga dan Pembeli



Saya selalu berjumpa dengan peniaga yang bersaing secara menurunkan harga. Dan saya sendiri pernah merasakannya. Rasanya macam… Macam terkecewa sebab ada jugak orang nak bersaing secara gtu.

Saya ada pernah terbaca pasal satu kedai ni jual burger. Dia jual setiap malam memang laku dan menyebabkan orang lain nak buka burger juga. Maka dia pun bukala gerai burger dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah.

Bagi saya, jika turunkan harga sebab nak bersaing, lama-lama modal pun lari. Maksudnya, dalam jangka masa yang lama, bisnes tu akan lingkup.

Sebenarnya ada banyak cara macam mana kita nak bersaing dengan cara yang lagi bagus tanpa menyusahkan 2 2 pihak. Ini dinamakan persaingan yang bijak.

Contohnyala, kalau gerai burger yang baru tu nak ada pelanggan yang ramai, cuba buat burger panggang ke, burger rebus ke. Jadi, sapa-sapa yang nak burger biasa, pergi ke gerai yang mula-mula. Sapa-sapa nak makan burger panggang dan burger rebus, boleh ke gerai baru. Kan bagus tu!

Saya ada cari-cari mengenai persaingan dalam perniagaan ni. Rasanya ia sangat membantu sapa-sapa yang ada situasi seperti ini. Semoga semua mendapat maanfaat!

Klik

http://zikrihusaini.com/cara-menghadapi-persaingan-dalam-business-perniagaan-tanpa-menurunkan-harga/


Wednesday, August 10, 2011

Rancang Jantina Bayi



Pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkait dengan jantina anak. Misalnya penyakit hemophilia iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Dalam hal demikian doktor menasihatkan pasangan kelamin ini cuba mendapatkan anak perempuan.

Seperti yang kita ketahui, percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, warisan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.

Penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.

Kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat. Kromosom ini juga mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).

Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.

Dapatkan Tips Rancang Jantina Bayi di

http://www.facebook.com/senanghamil?sk=app_191034970944620


Tuesday, August 9, 2011

Ketidakstabilan Hormon Di Kalangan Wanita


Ketidakstabilan hormon menggangu setiap wanita


Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil.

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan di kalangan wanita.

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi.

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku seperti biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.

Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil kerana tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Dapatkan Lumiglow di : http://9titik9.wordpress.com/about/


Pengetahuan Asas Mengenai Khunsa



Dalam kelas tadi, masih ada pelajar yang tak terdedah dengan perkataan khunsa. Dalam biologi, khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina.

Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas mereka bernikah, khunsa itu menunjukkan tanda-tanda hamil. Suaminya menghadiahkan dia seorang hamba perempuan. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa itu timbul dam menghamilkan hamba perempuan.

Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia lelaki, bagaimana dia boleh menghamilkan hamba perempuannya?

Khalifah Ali yang arif dan bijaksana menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan perempuan adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Khalifah Ali mendapati salah satu tulang rusuk khunsa itu ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki kerana jumlah rusuk lelaki kurang satu daripada jumlah rusuk perempuan.

Ingat kan pasal Adam dan Hawa kan


Buasir Dan Simptomnya

Proses penyingkiran najis yang sihat akan mengurangkan waktu transit untuk penyingkiran yang lengkap



Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.


Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .


Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut:


Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).

Tahap 3

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :

Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit

Cirit-birit yang kronik.

Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.

Mengandung atau bersalin.


Simptom-simptom penyakit buasir ialah:

Rasa sakit yang berdenyut-denyut.

Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur

Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.


Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Monday, August 8, 2011

5 Tip Mengemaskan Ruang Kerja Pejabat



Bila g tempat keje, mesti ada yang sakit kepala sebab makin lama makin sempit ruangan di meja. Betul x? Sebabnya saya dan rakan-rakan pun laluinya di tempat kerja. Mana nak letak buku budak kelas tu, kelas ni, mana nak letak laptop, mana nak letak buku-buku rujukan. Jangan sampai lupa letak kat mana kertas jawapan students.

Tahun lepas saya pernah hilangkan satu kertas penting ni. Seingat saya, saya dah pulangkan kertas tu tapi tuan meja tu cakap saya belum hantar. Jadi, saya terimala kelemahan saya.

Cuma, macam mana nak kemaskan meja di pejabat? Saya ada terbaca satu artikel. Panas lagi. Kurang 5 minit yang lalu dipost.

Klik :

http://www.majalahniaga.com/5-tip-mengemaskan-ruang-kerja-pejabat-menangani-tekanan-kerja.html


Friday, August 5, 2011

Tips Mudah Hamil



Semalam ada satu artikel di facebook mengenai Tips Mudah Hamil. Wah.. Share ja kat facebook, ada orang like. Jadi, apa kata saya buat sebagai entry kali ni.

Untuk tips mudah hamil boleh ke :

http://www.facebook.com/notes/senang-hamil/tips-mudah-hamil/150161345062708

Semoga dapat manfaat dan panjang-panjangkanlah ilmu ini.


Tuesday, August 2, 2011

Beli Tiket Bas Secara Online | Transnasional Dan Konsortium



Bagi sesiapa yang menggunakan kenderaan awam untuk balik ke kampung raya nanti, tapi masih belum dapatkan tiket bas, boleh ke


https://www.ticket4u.com.my/transnasional/

http://www.kbes.com.my/Main/Main.asp?pageID=2


Saya sediakan 2 ni ja sebab 2 ni ja yang saya selalu guna. Sorry ya..


Pengetahuan | Bagaimana Makanan Dicernakan


Walaupun sebelum anda makan, apabila anda bau makanan yang lazat, lihat, atau berfikir mengenainya, penghadaman bermula. Air liur mula terbentuk di dalam mulut anda.

Apabila anda makan, air liur memecahkan bahan kimia di dalam makanan yang dan membantu membuat makanan seperti bubur dan mudah untuk menelan. Lidah anda membantu menolak makanan semasa anda mengunyah. Apabila anda bersedia untuk menelan, lidah menolak sedikit makanan (bolus) ke arah tekak dan masuk ke pembukaan esofagus anda, bahagian kedua saluran penghadaman. Esofagus adalah seperti paip elastik yang kira-kira 10 inci (25 sentimeter) panjang. Ia menggerakkan makanan dari bahagian belakang kerongkong ke perut anda.

Perut anda yang terletak di akhir esofagus ialah satu karung elastik yang berbentuk huruf J. Ia mempunyai tiga fungsi penting


Untuk menyimpan makanan yang anda makan
Untuk memecahkan makanan kepada 'liquidy mixture
Untuk emptykan liquidy mixture ke usus kecil secara perlahan-lahan


Perut adalah seperti pengadun yang menghancurkan semua bola kecil makanan yang diturunkan dari esofagus menjadi potongan-potongan yang lebih kecil dengan bantuan dari otot yang kuat dalam dinding perut dan jus gastrik yang juga datang daripada dinding perut. Di samping itu, jus gastrik juga membantu membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam makanan yang dimakan.

Usus kecil memecahkan makanan supaya badan anda mampu menyerap semua vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan lemak. Usus kecil dibantu oleh 3 kawannya : pankreas, hati dan pundi hempedu. Makanan anda berada selama 4 jam di usus kecil dan akan become a very thin, watery mixture. masa ni, nutrien daripada makanan akan berpindah dari usus ke dalam darah.

Usus besar yang 3 atau 4 inci lebar (kira-kira 7 hingga 10 sentimeter) ialah hentian terakhir dalam saluran penghadaman. Seperti usus kecil, ia dipack di dalam tubuh, dan 5 kaki (kira-kira 1.5 meter) panjang jika anda bentangkan ia sebagai hamparan.

Sisa makanan melalui bahagian usus besar yang dipanggil kolon, di mana badan mendapat peluang terakhir untuk menyerap air dan beberapa mineral ke dalam darah. Sisa ini menjadi lebih keras sehingga ia menjadi pepejal (juga dikenali sebagai najis atau air besar).


Sunday, July 31, 2011

Tips Berbisnes Di Facebook Dengan Berkesan



Kenapa ramai guna Facebook untuk berniaga?

Pengguna Facebook lebih 500 juta orang dan 50% daripada angka ni adalah active users.

Pengguna Facebook ramai dari kalangan professional (yang ada kuasa beli)


Kuasa beli di Facebook lebih tinggi berbanding tempat lain. Sebelum kita pasarkan di Facebook, ada 2 langkah penting.

Pemasaran berkesan bila kita ramai friends (Add ramai kawan)

Update status yang sesuai, berkualiti dan betul


Strategi pemasaran :

Berbicara dalam industri sendiri. Kalau jual kereta, cakap pasal kereta.

Jangan campur adukkan dengan benda lain untuk elakkan ‘clash’ di kalangan bakal customer. Guna fan pages dan elak guna profile account. Untuk satu produk, guna satu fan page.

Jangan terlalu menjual – contoh ayat ‘Mari beli, mari beli produk ini’.

Educate orang melalui status.

Guna notes. Pemasaran Facebook yang soft-selling sangat sesuai educatekan orang melalui Facebook.


Apabila orang suka apa yang kita update, mereka akan share dan akan bersifat viral. Dari sinila fan page kita akan berkembang dan tersebar tanpa kita perlu menyakitkan hati orang dengan tag gambar.


Kalau xberjaya, cek balik apa kesalahan. Sebab dengan cara ini, dah ramai yang berjaya.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link