Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Tuesday, October 11, 2011

Gelombang Otak dan Law Of Attraction



Saya pasti ramai yang pernah dapat apa yang mereka mahu dan ada yang tak dapat apa yang mereka mahu. ia ada kaitan dengan Hukum Tarikan atau Law Of Attraction (LOA)

Cuba kita lihat hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat merasainya. Sebenarnya dia telah memasuki atau telah seimbang dengan frekuensi alam. Sehinggakan dapat merasakan atau membaca mengikut gerak hati. Saya pernah terbaca dalam satu surat khabar mengenai otak tengah. Namun masih baru di Malaysia.

Teknik untuk LOA :

Fokus

Saya percaya ramai yang focus. Bukan focus kepada apa yang dikehendaki. Tapi focus kepada apa yang tak dikehendaki. Contohnya ‘Saya suka bentuk badan saya yang ideal’ berbanding ‘Saya tak suka gemuk’

-perkataan ‘tak’ tidak diambil kira oleh LOA. Cuba buang perkataan ‘tak’ dan ayat menjadi ‘Saya suka gemuk’. Maka, memang patutla sentiasa gemuk

Ia bukan sahaja kepada perkataan, namun pemikiran, emosi dan kelakuan juga mesti positif.

Kehendak

Sejauh mana kehendak dan kesanggupan kita untuk dapatkan sesuatu? Selalunya orang akan cakap ‘nak’ tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya orang yang beralasan. Sebab itulah ada pepatah mengatakan orang beralasan tidak akan berjaya

Praktis

Praktisla sentiasa untuk bercakap benda positif. Sentiasa guna perkataan yang positif. Jika sukar untuk berkata positif dalam keadaan yang negative, senyumlah. Senyum adalah ubat yang terbaik.

Relax

Saya pernah diuji dalam satu kursus mengenai tindak balas manusia apabila diberikan masalah dan ditanya cara penyelesaian dalam masa beberapa saat. Manusia sememangnya suka untuk berfikir rumit dan merumitkan keadaan yang simple. Apa yang penting, relax dan fikirkan cara terbaik untuk menyelesaikannya.

Cara yang saya selalu amalkan ialah dengan mendengar alpha dan theta waves. Ia membantu untuk masuk ke tahap tenang dan kemudiannya akan mendapat penyelesaian terhadap apa yang perlu dilakukan. Gelombang theta di sini :

https://www.facebook.com/pages/Relax-Santai/115967101839082


Dan semoga mendapat apa yang diidamkan. THINK BIG….



..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link