Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs Pengasas APPLE meninggal dunia




Bolehkah kita bayang menggunakan komputer sekarang sekiranya Apple tidak pernah memperkenalkan komputer berbentuk peribadi?

Steve ialah seorang yang liar imaginasi dan mementingkan keaslian sesuatu ciptaan. Lebih dasyat, dia nampak dirinya sebagai seorang seniman dan visinya sebagai seorang seniman itu mesti dipatuhi. Akibatnya, dia menjadi pengurus yang susah untuk dipuaskan dan kerap kali mencipta produk yang tidak praktikal.

Maka, tidak hairan, Steve kemudian dipecat dari Apple. Dia bertindak dengan memperkenalkan teknologi baru bernama NeXT. Dan satu lagi tindakan penting ialah membeli syarikat Pixar yang dijual oleh George Lucas.

Steve Jobs meninggal dunia pada hari Rabu (5/10/2011) pada usia 56 tahun. Cerita hidup Steve Jobs itu panjang dan penuh dengan episod dramatik dan kecemerlangan. 5 Oktober, sehari setelah pelancaran iPhone 4s, Steve Jobs meninggal dunia.

Untuk setiap pengguna komputer di seluruh dunia, kita harus akui bahawa kita sekarang hidup di zaman Steve Jobs.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link