Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Monday, September 26, 2011

Matlamat Pelaburan Emas



Harga emas semalam telah menurun sehingga paras USD 1650/Oz dan perak pula menurun ke USD 30/Oz pada malam tadi, penurunan yang drastik ini telah membantu ramai pelabur emas menambahkan stok simpanan mereka, jika anda masih belum berbuat demikian, jangan berlengah lagi..buat belian sekarang!

Jenis emas yang terbaik untuk dijadikan pelaburan:

Untuk bermula didalam pelaburan emas, apa yang paling penting ialah matlamat pelaburan anda, adakah tujuan anda melabur untuk jangka masa panjang? Jangka masa sederhana? Mendapat cash flow setiap bulan? dan sebagainya


Beberapa pelaburan emas fizikal yang mungkin sesuai dengan anda:


1) Membeli jongkong emas (GOLD BAR)

Membeli jongkong emas lebih kepada beli dan simpan, anda beli pada harga murah seperti hari ini dan anda simpan sama ada di rumah atau di peti simpanan yang terdapat di bank, dalam jangka masa setahun anda jual emas anda dan anda akan mendapat keuntungan di antara 25% ke 30% setahun.

Risiko membeli jongkong emas ialah ia tidak boleh dipajak di Arrahnu, ia hanya diterima di beberapa tempat sahaja, contohnya di PublicGold sendiri, tapi ia hanya terhad kepada dealer PublicGold sahaja. Jadi sekiranya anda mempunyai masalah kewangan, anda terpaksa menjual jongkong emas anda.


2) Membeli Barang kemas

Membeli barang kemas sama juga dengan membeli jongkong emas, di mana anda beli ketika harga rendah dan simpan, apabila harga telah meningkat, anda jual dan dapat keuntungan.

Risiko atau kekurangan membeli barang kemas ialah spread yang tinggi, jika anda membeli barang kemas seperti gelang tangan, rantai, cincin dan sebagainya di kedai emas, spread yang akan akan dikenakan ialah diantara 25% ke 40%, maksudnya ialah, harga beli yang ditawarkan murah sebanyak 25% ke 40% dari harga semasa. Ini bermakna , jika anda membeli barang kemas pada hari ini, anda hanya akan dapat keuntungan selepas 2 tahun .

Kelebihan membeli barang kemas ialah anda boleh memajak barang kemas anda di semua pajak gadai dan Arrahnu di seluruh malaysia tanpa banyak soal. Jika anda memerlukan wang tunai, anda cuma perlu bawa barang kemas anda dan kad pengenalan ke mana2 Arrahnu yang berhampiran dengan tempat anda. Selain daripada senang dipajak, barang kemas juga boleh dipakai, berbeza dengan jongkong emas yang hanya boleh disimpan.

Jika anda berhasrat membeli barang kemas sebagai asset pelaburan, anda perlu pastikan

1. Ia adalah barang kemas 999 atau 916

2. Tidak mempunyai permata, berlian atau emas putih

3. Pastikan ia padat dan padu


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link