Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Thursday, September 22, 2011

Kepentingan Hormon Progesteron




Kajian klinikal menunjukkan bahawa hormon memainkan peranan yang penting dalam kesihatan badan serta penjagaan kulit. Salah satu hormon ialah progesteron, yang mustahak untuk membolehkan badan membuat dan mengawal hormon lain seperti cortisol, aldosterone, estrogen dan testosterone. Ini bermakna bahawa progesteron adalah hormon pengasas yang amat penting supaya badan boleh menjanakan hormon-hormon yang lain.

Progesteron adalah hormon penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan. Perkataan "progesterone" dalam bahasa Latin bermakna “menyokong” atau “membawa” bagi merujuk kepentingan ini.

Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, dan telah didiagnosa sebagai mengalami tahap hormone progesteron yang rendah, ini menyebabkan lapisan endometrium (yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan. Kekurangan hormon progestrone juga menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya.

Dr John R. Lee, seorang pakar terapi hormon semulajadi dan kesihatan wanita berpendapat bahawa sebab-sebab kekurangan progesteron termasuk cara hidup yang tidak sihat, tekanan hidup, pencemaran alam sekitar, makanan yang kurang berzat, pendedahan kepada bahan-bahan kimia, radiasi, peningkatan usia, menopaus, kurang bersenam, dan sebagainya. Pendek kata, tanpa Progesterone, ketidakseimbangan hormon yang mengakibatkan berbagai masalah kesihatan akan berlaku. Semakin lama, semakin ramai wanita serata dunia dilaporkan mengadu kesihatan mereka terjejas


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link