Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Friday, September 16, 2011

Kenapa Harga Emas Naik?


Salah satu penyebab utama yang mempengaruhi harga emas ialah pengaruh USD dan krisis ekonomi. Kejatuhan ekonomi Amerika dan matawang USD telah menyebabkan kepercayaan orang ramai kepada ekonomi Amerika terhakis. Ramai orang percaya bahawa ekonomi Amerika kebal dari sebarang krisis. Kejatuhan USD juga merupakan kemenangan bagi emas, jika USD turun nilai emas akan naik.

Hubungan USD dan emas adalah berlawanan antara satu sama lain. Sebarang kejatuhan dalam USD akan mengakibatkan harga emas akan melonjak naik. Pelabur akan mula berebut2 menukarkan wang kertas kepada EMAS kerana nilainya yang lebih stabil dan kebal kepada inflasi.

Orang ramai juga mulai sedar bahawa :

Emas merupakan komoditi yang mempunyai harga yang lebih stabil dan tidak dipengaruhi oleh ekonomi sesebuah negara.

Untuk menyelamatkan ekonomi, Amerika mula mencetak matawang USD dengan banyak dan telah mengakibatkan nilai matawang USD jatuh dengan lebih teruk.

Simpanan di bank dan Unit amanah bukanlah pilihan bijak jika dilakukan ketika berlaku krisis ekonomi, ia akan menyebabkan kejatuhan nilai wang tesebut. Simpanan dalam bentuk emas merupakan langkah paling bijak.

Jika anda mempunyai banyak simpanan di bank, pelbagaikan pelaburan anda, jangan letakan wang anda pada satu tempat sahaja, seperti meletakkan telur di dalam satu bakul.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link