Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Wednesday, April 22, 2015

3 Kali Lalu Depan Rumah Dia Hehehe!!

Semalam bersembang dengan suami nak pergi tengok tempat seorang owner produk kecantikan. Saya kagum dengannya sebab di usia muda, dia boleh berjaya dengan cemerlang sekali. Semasa saya duk tengok gambar produk, ternampak alamat syarikatnya. Rupanya dekat sebelah taman saya ini saja. 

Dia ja yang keluar dan jumpa ayah wanita itu

Apa lagi, terus saya minta suami carikan. Dan suami bersetuju. Tapi bila sampai, suami saja yang turun jumpa. Saya dan Aisyra duk dalam kereta ja. Malu punya pasal

Mama suruh cium opik kalau jumpa opik


 Huhu. Wanita itu update status pasal kami ke rumah ayah dia



Ni cerita wanita itu: Copy paste ja ni :

[Wanita Ini Menangis Tidak Dapat Tunaikan Permintaan Luar Biasa Dari Pelanggan]


Assalamualaikum, saya Nurul Diana Binti Mohd Pudzi, berumur 23 tahun. pengasas FLORAL MASK .Kepakaran saya membantu orang ramai membuang pembiakan whitehead dan blackhead dengan berkesan tanpa rasa sakit dan terbukti berkesan.


Saya mula berniaga seawal umur 18 tahun ketika saya berada di Politeknik pada semester ke-2 disebabkan kesusahan keluarga yang teramat sangat. Semasa saya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik, emak saya cakap "Hang nak pergi, pergi tapi emak tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan hang." Semasa sesi pendaftaran dan orientasi, emak hanya berikan saya RM10 sebagai bekalan dan itulah duit pertama dan terakhir yang saya minta dari emak.

Saya mula berniaga secara online dengan meminjam laptop sahabat sebilik. Berniaga pun hanya 'hentam kromo' sahaja. Menjual produk kosmetik jenama orang lain. Bulan pertama berniaga bersih mendapat RM500. Selepas 3 tahun beroperasi dengan memasarkan produk orang lain, tergerak di hati untuk mengeluarkan produk sendiri dengan berbekalkan simpanan yang tiada. Saya sangat yakin dengan pengalaman dan ilmu 3 tahun berbisnes, ia mampu membuatkan saya berjaya dalam memasarkan produk jenama sendiri.

Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali. 3 bulan selepas produk jenama sendiri dikeluarkan, jualan yang dihasilkan tersangat sedikit. Tiada siapa yang sudi untuk menjadi pengedar.

Kedengaran suara-suara kecundang menjemput untuk saya putus asa. Duit simpanan habis sambil jualan pun tak laku. Ekoran peristiwa tersebut, abang saya mencadangkan agar saya menghadiri seminar Dr Azizan Osman. Hati tergerak untuk pergi tapi sebelum pergi, saya terlebih dahulu 'meng-Google' segala maklumat tentang Dr Azizan dan ternyata hanya anggapan negatif terus bermain di minda. Tapi saya tetap pergi dengan penuh rasa curiga dan takut.

Selepas menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) Mac 2014, barulah saya sedari akan kesilapan saya. Banyak perkara kecil di sekeliling yang saya anggap remeh tapi ia amat mempengaruhi perjalanan bisnes saya. Selepas sebulan, saya mempratikkan segala ilmu yang diajar, Subhanallah jualan produk saya meningkat kepada 400% peratus.

Dari pemulaan 1,000 tiub cukup untuk 3 bulan. Jualan pun mula meningkat dari 1,000 tiub sebulan kepada 1,000 tiub seminggu sehingga 10,000 tiub dalam masa hanya 1 minggu. Kejutan yang sangat drastik sehinggakan kilang tempat memproses produk huru-hara dengan permintaan di luar jangkaan. Saya mengalami tekanan hingga menangis kerana tidak dapat mengawal permintaan luar biasa.

Hebatkan dia! Saya pasti dapat jadi macam dia cuma umur x sama la.

.

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link