ShoutMix chat widget

Monday, April 20, 2015

Aisyra Baca Buku Sampai Menaat

Semalam ke Popular di Aeon Taiping sebab nak beli buku Jutawan Legenda. Pusing pusing dalam tu, x jumpa. Bestnya kalau ada MPH kat sini. Baru banyak buku dan syok nak beli


Dalam keadaan mencari cari tak ada buku, terjumpa buku ni. Beli jela untuk ubat hati. Dan beli buku untuk Aisyra sekali



Balik semalam, Aisyra dengan semangat baca buku dia. Opps bukan baca, tapi tengok gambar. Ada gambar monyet, gajah, singa (dia mesti cakap auuummm), angsa, pakcik dan makcik

Aisyra : (sambil tunjuk pada gambar) Ni apa?
Mama : Tu pakcik
Aisyra : (sambil tunjuk pada gambar) Ni apa?
Mama : Tu angsa
Aisyra : (sambil tunjuk pada gambar) Ni apa?
Mama : Tu pakcik
Aisyra : (sambil tunjuk pada gambar) Ni apa?
Mama : Tu angsa

Berkali kali dia duk tanya benda sama. Layan jela

Pagi ini dia baca balik buku tu. 

Aisyra : Haa? Monyet! Ni apa?
Mama : Tu singa 
Aisyra : Auummmm
Aisyra : Haa.. Pakcik. Haa.. Inga..

1 2 minit lepas tu...

Aisyra : Meenaat (Penat)

Dan terus naik katil. Kejap ja terus lena. Penat sangat baca buku la tu


.

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link