ShoutMix chat widget

Thursday, August 11, 2011

Bersaing Tanpa Menurunkan Harga Lebih Menguntungkan Peniaga dan Pembeli



Saya selalu berjumpa dengan peniaga yang bersaing secara menurunkan harga. Dan saya sendiri pernah merasakannya. Rasanya macam… Macam terkecewa sebab ada jugak orang nak bersaing secara gtu.

Saya ada pernah terbaca pasal satu kedai ni jual burger. Dia jual setiap malam memang laku dan menyebabkan orang lain nak buka burger juga. Maka dia pun bukala gerai burger dan menjualnya dengan harga yang lebih rendah.

Bagi saya, jika turunkan harga sebab nak bersaing, lama-lama modal pun lari. Maksudnya, dalam jangka masa yang lama, bisnes tu akan lingkup.

Sebenarnya ada banyak cara macam mana kita nak bersaing dengan cara yang lagi bagus tanpa menyusahkan 2 2 pihak. Ini dinamakan persaingan yang bijak.

Contohnyala, kalau gerai burger yang baru tu nak ada pelanggan yang ramai, cuba buat burger panggang ke, burger rebus ke. Jadi, sapa-sapa yang nak burger biasa, pergi ke gerai yang mula-mula. Sapa-sapa nak makan burger panggang dan burger rebus, boleh ke gerai baru. Kan bagus tu!

Saya ada cari-cari mengenai persaingan dalam perniagaan ni. Rasanya ia sangat membantu sapa-sapa yang ada situasi seperti ini. Semoga semua mendapat maanfaat!

Klik

http://zikrihusaini.com/cara-menghadapi-persaingan-dalam-business-perniagaan-tanpa-menurunkan-harga/


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link