Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Thursday, August 11, 2011

Pelaburan Diri Untuk Masa Depan



Saya pernah terbaca mengenai pengurusan perbelanjaan bulanan. Iaitu 80% untuk keperluan (bil dan makan), 20% untuk simpan, dan 20% lagi untuk pelaburan dalam pendidikan.

Namun saya percaya ada yang menggunakan 100% gajinya untuk membeli. Dan di akhir bulan, gajinya telah menjadi negative. Dan ada juga yang tak sanggup keluarkan 20% daripada gajinya untuk pelaburan dalam pendidikan.

Contohnya seorang A sangat ingin tahu dalam satu bidang yang dia perlu tahu. Tetapi dia xsanggup keluarkan modal untuk dapatkan ilmu dalam bidang itu. Rasa-rasa wajar ke xwajar?

Mengikut Napoleon Hill dalam buku ‘The Master-Key To Riches’, ada disentuh mengenai ilmu dan pendidikan tak ada penghujungnya. Saya tertarik pada satu ayat yang berbunyi, ‘A reading program should be as carefully planned as a daily diet, for knowledge, too, is food, without which we cannot grow mentally’

Walaupun begitu, pendidikan bukan saja dari segi pembacaan, tetapi orang yang kita jumpa seperti seminar dan mana-mana majlis ilmu.

Yang penting, diri sendiri kena belajar untuk kuarkan sedikit modal untuk dapatkan lagi banyak keuntungan, bukan saja di dunia, tapi di akhirat.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link