Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Wednesday, August 10, 2011

Rancang Jantina Bayi



Pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkait dengan jantina anak. Misalnya penyakit hemophilia iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Dalam hal demikian doktor menasihatkan pasangan kelamin ini cuba mendapatkan anak perempuan.

Seperti yang kita ketahui, percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, warisan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.

Penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.

Kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat. Kromosom ini juga mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).

Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.

Dapatkan Tips Rancang Jantina Bayi di

http://www.facebook.com/senanghamil?sk=app_191034970944620


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link