Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Tuesday, August 9, 2011

Ketidakstabilan Hormon Di Kalangan Wanita


Ketidakstabilan hormon menggangu setiap wanita


Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil.

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan di kalangan wanita.

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi.

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku seperti biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.

Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil kerana tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Dapatkan Lumiglow di : http://9titik9.wordpress.com/about/


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link