Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Tuesday, August 9, 2011

Buasir Dan Simptomnya

Proses penyingkiran najis yang sihat akan mengurangkan waktu transit untuk penyingkiran yang lengkap



Buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.


Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .


Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut:


Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).

Tahap 3

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :

Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit

Cirit-birit yang kronik.

Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.

Mengandung atau bersalin.


Simptom-simptom penyakit buasir ialah:

Rasa sakit yang berdenyut-denyut.

Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur

Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.


Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link