Senang Hamil

ShoutMix chat widget
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Ika Dari Radiusite Sangat Menerujakan



Dah lama xupdate blog. Bila datangnya angina xda idea, memang kering kontang sampai kaktus dan unta pun bleh nangis.

Malam ni ingat nak date dengan Gero Azrul di Webinarnya tapi kejap ja sebab ada masalah. Pada masa beginilah mata xboleh tidur sebab otak tengah ligat berfikir. Otak yang xberfikir adalah otak yang mati. Hehhehehe!!!

Saya seronok tengok page Radiusite. Sampai 76k lebih peminat. Cuba tengok kalau Ika (pemilik Radiusite) update status, dalam masa 2 minit, dah ada berpuluh like dan komen. Menakjubkan!

Macam mana dia dapat jadi sehebat itu?


Wednesday, August 10, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Yang Menjentik Kesabaran Cikgu



Sejak semalam kami cikgu-cikgu di sekolah pulun utk isi markah dalam SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Patutlah ramai cikgu yang komen pasal ni. Sebabnya nak kena masuk satu markah then kemaskini, pastu masuk satu markah then kemaskini.. Kadang-kadang tu sampai duk kemas kini. Last-last log out sebab menyampah.

Bila rasa sendiri isi markah kat sini, baru rasa betapa membazirnya masa. Saya cuba kira waktu loading utk setiap students tu lebih kurang 10 saat. Kalau ada 200 students, maksudnya dah 2000 saat (lebih kurang setengah jam). Tu untuk satu peperiksaan sahaja. Xtermasuk peperiksaan suku tahun dan pertengahan tahun.

Rasanya penyelesaian yang terbaik ialah, buatla system yang lebih canggih dan dapat menampung beribu2 orang yang online pada satu-satu masa. Sebab benda ni melecehkan kerja cikgu.

Walau apa pun, NKRA tetap NKRA.. Ok! Saya Yang Menurut Perintah


Saturday, July 30, 2011

Letak Komen Facebook Di Blog Part I


Bila ada kotak komen facebook di blog, blog tu Nampak ‘hidup’ dan ramah dengan pembaca-pembaca. Yang paling best, dengan secara xsengaja orang yang komen akan mempromosikan blog kita.



Dari pukul 7 lagi menghadap pc untuk letak kotak komen ni. Sampai sekarang masih gagal (pukul 10:39 pagi). Badan dan lenguh dan mata dah berpinar. Take a break kejap tengok tv.



Bila saya dah dapat cara, saya kongsikan ya! Ilmu yang baik kena sebar-sebarkan..


Friday, July 29, 2011

20 Biji Buku Baru Untuk Dibaca


Semalam ada sorang jurujual datang ke sekolah. Duduk ja kat ruang rehat guru. Xpa. Buat dek ja sebab dalam kepala duk pk nak tanda kertas exam budak2.



Sedang tanda-tanda, dia datang menghampiri (adeh ayat skemala plak).. Sebelum dia cakap, mulut ni terus cakap 'maaf encik saya sangat sibuk' (xpatut cakap gini sebenarnya.. Kot2 la dia nak bagi emas ke.. Kan dah tolak peluang tu).. Pastu dia jawab, '2 minit ja cikgu'.. Pastu dia terus sebut word 'buku'.. Maka terusla hati ni lemah longlai (cari hot spot orang tu kalau nak close the sale ngan senang)


Dengan itu, saya pasti xsabar nak habiskan baca buku20 semua ni! Yessss!!! Malamku kini terisi! (Alamak.. Tiba-tiba teringat induksi)


Thursday, July 28, 2011

Nafsu Songsang Xsemestinya Bahaya



Ada orang suka beli handbag, ada suka beli handfon, ada suka beli tu ada suka beli ni dan ada jugak suka xbeli apa-apa sebab kedekut. Korang dalam golongan mana?


Orang akan beli sesuatu tu bila ia sangat menarik perhatian. Contoh kalau mak andam suka beli mekap. Orang lapar suka beli makanan dan orang kedekut xsuka beli apa-apa.


Hari ni dengan selamatnya telah membeli satu set buku dengan terdiri daripada 20 siri. Buku pasal bisnes. Nampak ja buku, memang penuh nafsu nak beli. Tapi kalau bab baju, kasut, tudung, biskut raya, memang nafsu out… Xda daya penarik.


Masing-masing mesti ada nafsu masing-masing kan!


Wednesday, July 27, 2011

Saya Happy Tengok Statistik Blog Saya.. Heheheh!!


Sekarang sudah jarang-jarang update blog. Dalam otak ni ada markah sains tingkatan 2, tingkatan 4 dan tingkatan 5.. Ada Peka, ada Percubaan SPM lepas raya ni sampaikan idea nak menaip terbang melayang (alasan kan!)

Sakni sempat tengok dashboard. Tengok stats.. Hehehehe!!! Puasnya ati bila tengok angka-angka tu. Xsangka dalam buat xlayan blog sangat, rupanya bleh tahan. ^__________^

Post paling tinggi dapat perhatian adalah pasal pengetahuan. Patutlah hampir tiap ari tengok ada ja orang search keyword tu. Untung gak jadi cikgu sains ni..

Cakap pasal cikgu sains, tadi dah suruh budak-budak bt correction paper 1 dan paper 2 sebanyak 3x. Nak biar diorang ingat sampai nyanyuk sebiji-sebiji jawapan tu sebab soalan sama ja yang masuk.

(Lepas ni kena buat banyak post pasal pengetahuan la kan…..)


Wednesday, July 20, 2011

Reflektif Diri Sendiri Tu Penting


Sambil menunggu rakan-rakan bershopping (saya kurang gemar bershopping ketika ramai orang), lepakla saya di luar sogo ni sorang-sorang. 



Lepak xbermakna xda apa yang boleh dipelajari. Banyak sebenarnya yang kita boleh belajar. Contohnya, tengok ragam dan cara hidup orang lain. Masa tu filter la nak yg baik ke buruk ke.. 



Mana yang baik tu dijadikan inspirasi untuk terus mencapai cita-cita.. Sebab dunia ni xkejam kalau kita sendiri yang xkejam pd diri sendiri. Tuhan tu Maha Adil. Jangan salahkan dunia kalau dunia ni xbaik kpd kita. Tahu kan pasal Law Of Attraction.



Cari peluang dalam setiap kepayahan..


Friday, July 8, 2011

Saya Dibuang Asrama.. Yaaaahhhhhhhoo!!!!


Hari ni kerap soalan 'Cikgu xterasa ke?' yang ditujukan kepada saya sbgai sorang warden. Sebab apa? Sebab surat yang diletakkan dalam peti cadangan pasal budak-budak asrama nak warden2 ditukarkan utk tahun 2012.



Sebenarnya, saya memang happy sangat bila budak tulis gtu sebab memang dh lama saya nak 'dibuang' asrama. Hehehehehe!!! Maka hari ni saya menyuruh beberapa pelajar utk teruskan menulis supaya saya 'dibuang'.. Siapala yang nak jadi warden, tpaksa korbankan hujung minggu, petang atau malam rehat dan mcm2 kemungkinan bila musim2 busy dan stress cthnya masa exam.



Setelah menyuruh pelajar menulis surat seperti ini... Hehehehehe!!!!

Jadi bila ada budak tulis surat gtu, saya rasa sangat happy. Xdapat digambarkan perasaan happy! Perasaan terkilan? Memang ada tapi perasaan happy jauh lagi tinggi.



Terima kasih aspuri!!!!! Semoga kehendak korang diterima!


Thursday, July 7, 2011

Xsemua Orang Boleh Jadi Sebaik Itu



Yang sebenar-benarnya dah lama mood hilang ntah ke mana. Nak kata rindu suami, biasa ja. Xda la sampai termimpi-mimpi. Nak kata xda keje, memang ada keje. Nak kata xikhlas, rasanya dah ikhlas g skolah. Cuma mooddddd… Mana mood..

Cuma saya perasan, bila xda teman, teman yang kita nak share cerita, share suka, share duka, memang jadi xda mood. Dan orang tu bukan sebarangan orang sebab orang tu mestilah orang yang boleh menyokong kita dari segi beri semangat, beri gelak bila kita perlukan gelak, beri idea bila kita buntu.. Yang bukan hanya menerima sahaja.

Bila dia cukup menyokong ketika kita dalam kesusahan, sentiasa bawa kita ke arah kejayaan dan jalan-jalan kejayaan, itulah dinamakan SAHABAT.


Saturday, July 2, 2011

Perangkap Tikus Yang Berkesan


Hehehehehe!!! Siapa suruh kacau umah aku sedangkan aku xkacau pun koekor. Sekarang terimala padahnya. Hahahaha!!



Satu ekor telah melekat di tempat istimewa iaitu gam. Mak ai.. Gamnya memang melekit. Bau pun boleh tahan. Nasib baikla famili dekat ja. Boleh minta tolong adik lelaki setelkan sebab baunya... Uh..



Letak tempat lalu lalang dia dan letak jugak makanan. Sambil2 melekat kt gam tu, aku bagi koekor makan biskut munchy's tu. Free ja. Koekor xpayah susah2 g gigit bekas makanan aku. Hehehehehe!!! Nikmatila puas2 sebelum aku panggang koekor..



Panggang? Ish.. Aku xsekejam koekor yang baru saja memutuskan wayar keyboard aku. Ni tambah plak putuskan wayar mouse aku. Suka-suka hati ja kan koekor g putuskan. Koekor ingat free ke smua tu?



Sekarang.. Padan muka! Hahahahahahahahahahahaahaha!!!!!!! 



Friday, July 1, 2011

Perang Tikus Di Rumah Guru Yang Daif Ini


Orang kata jangan marah tikus sebab nanti dia dendam. Hmmmm.. Pastu nak diamkan saja? Oh tidak..

Maka mulai hari ni, saya dengan rasminya akan membalas dendam di atas kegiatan mereka memutuskan wayar fon dan modem internet saya, makan baju kurung saya, makan jeans suami saya, merosakkan bekas makanan saya dengan cara berikut :



1) meletakkan gam tikus di setiap kawasan gelap mereka


2) meletakkan jering di setiap bilik


3) membela kucing



Sebab saya sudah tidak tahan dengan kejahatan mereka. Inilah pertama kali membenci binatang!



Dan saya tidak sabar untuk berpindah dari rumah guru yang daif dan xlayak bertaraf F sekali pun.. (potong elaun dan separuh cola tu.....)




Kerja Baru, Pengalaman Baru


Untuk pertama kali ditugaskan sbgai AJK Brosur. Nampak ringkas tapi nak selesaikannya memang mencabar. Banyak tahap yang perlu diselesaikan dari segi menaip nama-nama dan tugas AJK-AJK, mendapatkan atur cara program yang betul, hiasan brosur (walaupun edit yang kak laila punya ja) dan yang paling mencabar ialah semasa memprint. Setengah jam tunggu untuk print 10 brosur berwarna..



Tapi syukur alhamdulillah, banyak pihak membantu. Hidup ni memang interdependence. Terima kasih kak shima dan kak laila.. Memang kerja brosur sesuai dengan kak shima dan kak laila. Hehehehehe!!!! (aku memang xreti hias-menghias)



Jadi, malam ni saya boleh tidur lena, untuk persediaan esok Larian Serentak..


Friday, June 17, 2011

Lain Pasangan, Lain Caranya



Ada yang suka makan nasi lemak telur mata 1, ada yang suka telur mata 2, ada yang suka makan nasi kerabu.. Ada yang suka breakfast dengan nasi, ngn bihun atau kuih muih. Mestinya mereka ada sebab masing-masing kenapa mereka suka itu atau ini. Semuanya bergantung kepada seseorang tu. Sama juga dengan cara hidup..


Lepas kawin , orang pk suami dan isteri kena selalu jumpa (bagi yang duk jauh). Kadang-kadang lebih prihatin sehinggakan macam-macam jenis nasihat dan usikan yang diberi. Sehingga terusik ati di kala hati sedang berbunga rindu. Well, well, well.. Kehidupan zaman ni tidak lagi macam zaman mesolitik, neolitik yang susah nak berhubung. Sekarang sudah ada sms, call, skype. Seperti sentiasa berhubung secara maya. Kan senang tu..


Bezanya dlu nak sms dan call lebih-lebih xdala.. Sekarang dah bleh sms, call dan skype lebih-lebih macam pasangan suami isteri yang lain. Masa pasti tiba untuk hidup bersama dalam satu bumbung dan masa sekarang biarlah begini, merasai rindu yang orang lain xfaham.. Sebab kami saja yang faham..


Sunday, June 12, 2011

Nur Kasih Lirik - Percintaan Yang Halal. DIA Saja Tahu Betapa Indah



Cerita yang penuh deraian air mata dari awal sampai akhir. Mencintai pasangan yang halal memang indah..


[Tiz] Lewat ini ku rasakan

Kasih kian ku dambakan

Resah hati yang ku pendam

Pada takdir dan harapan


Detik waktu dan suratan

Siapa tahu ketentuan

Ku mencari cahayanya

Dalam bayang kegelapan


Nur kasih

Nur kasih


[Tiz&Yasin] Nasib hidup dan pilihan

Lain hukum setiap insan

Melayarkan perjalanan

Dalam maya kesamaran


Nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana masih

Mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Ooo kasih

Nur kasih

Oh nur kasih

Nur kasih


Aku kembali kerana

Masih mencari yang hakiki

Sinar pasti

Janji suci yang abadi


Nur nur ya nur kasih

Nur ya nur kasih

Nur nur kasih

Nur kasih


Wednesday, June 8, 2011

Sapa Kata Kawin Xbest?


Kali ni update blog dengan phone ja. Dah lama xmengadap pc kecintaan. Semalam dpt ngadap kejap ja. Rasa terubat rindu pada pc, teman yg paling rapat..

Orang kata kawin ni best. Ya.. Memang best sbb dah halal. Dah xperlu takut keluar berdua, xperlu takut pegang tangan.. Kalau ada ja orang tangkap tunjukkan ja sijil nikah..

Tapi ada jugak yang xbest. Terutama bila ada ja orang yang suka taburkan nasihat yang boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga baru. Tu dikira nasihat ke? Jeng jeng jeng..

Orang pk kawin ni best. Tapi bagi saya, personally, ada juga yang xbest. Malah lagi jauh tahap ketidakbestan berbanding tahap kebestan.. Bagi siapa yang baru ja mendirikan rumah tangga, semoga anda semua buat jela telinga badak atau mata buta bila ada 'nasihat' yang sebegitu.. Yang penting, kita enjoy!!

--
My part time business is managing and investing my money and creating more passive income streams! Nak tahu?

Klik http://hidupsemula.com/saframyra


Wednesday, June 1, 2011

Segala Perancangan DiperkenankanNya - Kini Sudah Bergelar Puan



Akhirnya setel pasal majlis kesyukuran perkahwinan saya dengan MOHD FITRI B BAHARIN. 1 Jan 2006 perkenalan pertama, gaduh xpayah cakapla. Akhirnya dengan sekali lafaz, kami sah bergelar suami isteri. Perasaan totally berubah bila saksi-saksi berkata ‘sah’. Dalam hati, penuh kesyukuran kerana DIA memberi lelaki terbaik dan insyaAllah boleh memimpin ke arah jalanNya, mendapat keredhaanNya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin..


Sekarang sudah bergelar Puan Safra. Xsabar nak tengok kak yani pembantu makmal tulis nama guru yang menggunakan makmal daripada Cik Siti Nursafra kepada Puan Siti Nursafra. Cepat-cepat buka sekolah!!


Majlis ni simple ja. Majlis kesyukuran di Tanah Merah Kelantan. Kenapa simple? Sebab saya xreti nak complicatedkan benda yg simple (kecuali bila gaduh ngn dia dlu).


Paling saya happy ialah sesi fotografi. Sangat sangat sangat berpuas ati dengan Noorhisham bin Samat [sila klik sini untuk link Facebooknya]. Perkhidmatan yang sangat bagus dari segi ketepatan masa, keramahan dan juga semestinya angle-angle foto yang sangat cun!!! Million thanks to abang sham. Nati nak postwedding plak. Yehhhhhaaaaaa!!!!!









Yang atas ni satu fotografer lain






Thursday, May 26, 2011

Asal Online Ja Dapat RM.. Caya X?


Baru ja lepas baca post terbaru daripada Majalah Niaga. Saya sangat suka! Sebabnya mengenai RM yang dibuat daripada blog. Saya suka sebab saya memang suka benda dan perkara yang melibatkan pengaliran masuk RM.


Kisahnya mengenai Pat Flynn, seorang yang dahulunya xpercaya pada kuasa blog, kini menjana pendapatan lebih USD20,000 (RM60,000) setiap bulan menerusi salah satu daripada blognya, iaitu smartpassiveincome.com


Dalam buku Think and Grow Rich, karya terulung Napoleon Hill menyatakan, kejayaan dan kekayaan yang diperoleh oleh tokoh-tokoh bisnes Amerika Syarikat kebanyakannya mempunyai ciri-ciri keperibadian yang sama.


Antaranya ciri keperibadian yang sama ini adalah meniru dan mengulangi kejayaan individu yang terdahulu. Dengan kata lain, kita mengulangi perkara yang dilakukan oleh individu yang pernah berjaya dalam bidang yang kita ceburi.


Teori psikologi menyatakan kelebihan manusia di dunia ini adalah kemampuan untuk meniru 100%, daripada reaksi dan gaya fikir orang lain. Dalam isu buat duit dengan blog, kita boleh menjana pendapatan seperti Pat Flynn, jika kita tahu bagaimana beliau melakukannya.


Saturday, May 21, 2011

Cemburu Maknanya Fikiran Xberapa Matang


Selama sekolah, Cikgu Sidi paling ditakuti sebab dia suruh pelajar selesaikan soalan Add Math kat papan hitam. Gerun!!


Ada satu kisah masa Ujian Penilaian 1 Mac lepas. 2 orang budak ni namanya Aidil dan sorang lagi nama Afiful.

Afiful ni dapatla markah Sains 76. Aidil pulak dapat 54. Tiba-tiba Aidil datang jumpa saya dan bagitahu yang saya tersalah kira markah Afiful. Kira punya kira, kena tolak markah. Dengan pantas Aidil cakap, ‘Yes!!!’.

Saya terkejut dan tanya kenapa. Aidil jawab sebab dia turun markah. Maka di situ saya nampak ada perasaan cemburu dalam hati Aidil bila melihat kawannya nak dapat A pada mulanya. Hmmmm..


Cikgu Safra : Awak suka kawan awak rendah markah?

Aidil : (tersenyum-senyum)

Cikgu Safra : Awak suka markah awak 54?

Aidil : Tak suka

Cikgu Safra : Mana lebih penting, suka kawan awak dapat markah rendah atau tak suka awak dapat 54?

Aidil : Tak suka saya dapat markah 54

Cikgu Safra : Kalau begitu, buang perasaan cemburu awak, dan fokuskan pada pencapaian awak yang cemerlang pada Ujian Penilaian 2 nanti. Kalaulah Afiful dapat 53, awak suka?

Aidil : Suka!

Cikgu Safra : Kenapa?

Aidil : Sebab markah saya lagi tinggi daripada dia

Cikgu Safra : Awak dapat markah lagi tinggi daripada dia xbermaksud awak cemerlang kan?

Aidil : (tersenyum-senyum)


Sebenarnya kisah ni ada jugak kaitan dengan dunia bisnes. Pastinya ada orang yang cemburu atau sakit mata bila tengok orang lain berbisnes. Sebenarnya, apa keuntungan pada dia bila dia kutuk-kutuk?

Tu ke dinamakan professional dalam bisnes? Huahuahuahua!!!


Friday, May 20, 2011

'Listkan Kerja Esok Malam Ini'


Semenjak kes RM5 sup ayam yang ada 3 hirisan ayam tu, rasa macam xberbaloi pulak makan makanan dari luar. Bukan setakat xberbaloi, kebersihan masa mengendalikan makanan pun rasanya bleh bg gred C. Tengok kuku si pembuat air tu hitam legam ja. Erk!!

In the midst of chaos, find OPPORTUNITY. Maka saya masakla sendiri. Nampaknya skill masak masak UPSI boleh digilap lagi. Masa menggoreng-goreng, teringat kembali peristiwa saya dan housemate. Menu utama – ikan bilis. Heheheh!!!

Bila teringat balik pasal ikan bilis sebab xcukup duit masa tu, terpikir balik. Masa tu ambik PTPTN. Makan xcukup. Bila keje, barang makin naik. Semalam terbaca paper pasal inflasi boleh melebihi 3.5%. Hohohohohoh!!!! Macam mana 5, 10 tahun lagi? Xkan nak kena makan ikan bilis lagi sebagai menu utama. Hmmmm…


Orang kata bila dah masuk comfort zone ni, susah dah nak keluar. Bahaya tu. Sebab comfort is killing. Jadi, faham2lah kenapa ada yang cakap macam tu. Bagi saya, memang ada benarnya.

Kalo zaman kita kecik dlu, ayah ja kerja. Sekarang kedua-dua ibu bapa keje. Apa akan jadi pada masa depan? Bukan ke masa tu kanak-kanak sekarang akan hadapi cabaran yang jauh lagi hebat?

Money is kind of a base subject. Like water, food, air and housing, it affects everything yet for some reason the world of academics thinks it's a subject below their social standing - Robert Kiyosaki


Thursday, May 19, 2011

Siapa2 Ada Idea, Boleh Bantu...



Macam mana ya nak jadikan subjek sains ni adalah satu subjek yang sangat menarik dan mudah difahami. Di sini kita boleh nampak tahap kreativiti cikgu-cikgu untuk mengendalikan kelas. Bukan sebagai ‘pemberi ikan’ tapi sebagai ‘pengajar cara memancing ikan’

How? How? How? Banyak yang saya tnya pada orang bukan cikgu. Nak tengok apa yang dia pk untuk memantapkan cara pengajaran supaya win-win situation. Students dapat ilmu dan dapat aplikasikan kebaikannya untuk mereka dan masa depan mereka serta cikgu dapat kepuasan bekerja.

Ari ni masa nak tunggu masuk kelas sempat baca mengenai satu buku The Leader In Me. Cerita pasal sekolah yang bertema kepimpinan di A.B Combs Elementary School. Sangat-sangat menarik. Bayangkan seorang student yang berbahaya boleh berubah menjadi seorang pemimpin bila bertukar ke skolah ni. Kalaula saya dapat jadi sebahagian daripada system skolah itu..



Kisah kejayaan sekolah, ibu bapa dan pendidik meneroka POTENSI TERBESAR setiap pelajar.. Kita sambung lagi nanti..


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link