ShoutMix chat widget

Saturday, May 21, 2011

Cemburu Maknanya Fikiran Xberapa Matang


Selama sekolah, Cikgu Sidi paling ditakuti sebab dia suruh pelajar selesaikan soalan Add Math kat papan hitam. Gerun!!


Ada satu kisah masa Ujian Penilaian 1 Mac lepas. 2 orang budak ni namanya Aidil dan sorang lagi nama Afiful.

Afiful ni dapatla markah Sains 76. Aidil pulak dapat 54. Tiba-tiba Aidil datang jumpa saya dan bagitahu yang saya tersalah kira markah Afiful. Kira punya kira, kena tolak markah. Dengan pantas Aidil cakap, ‘Yes!!!’.

Saya terkejut dan tanya kenapa. Aidil jawab sebab dia turun markah. Maka di situ saya nampak ada perasaan cemburu dalam hati Aidil bila melihat kawannya nak dapat A pada mulanya. Hmmmm..


Cikgu Safra : Awak suka kawan awak rendah markah?

Aidil : (tersenyum-senyum)

Cikgu Safra : Awak suka markah awak 54?

Aidil : Tak suka

Cikgu Safra : Mana lebih penting, suka kawan awak dapat markah rendah atau tak suka awak dapat 54?

Aidil : Tak suka saya dapat markah 54

Cikgu Safra : Kalau begitu, buang perasaan cemburu awak, dan fokuskan pada pencapaian awak yang cemerlang pada Ujian Penilaian 2 nanti. Kalaulah Afiful dapat 53, awak suka?

Aidil : Suka!

Cikgu Safra : Kenapa?

Aidil : Sebab markah saya lagi tinggi daripada dia

Cikgu Safra : Awak dapat markah lagi tinggi daripada dia xbermaksud awak cemerlang kan?

Aidil : (tersenyum-senyum)


Sebenarnya kisah ni ada jugak kaitan dengan dunia bisnes. Pastinya ada orang yang cemburu atau sakit mata bila tengok orang lain berbisnes. Sebenarnya, apa keuntungan pada dia bila dia kutuk-kutuk?

Tu ke dinamakan professional dalam bisnes? Huahuahuahua!!!


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link