Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Saturday, April 16, 2011

Dia Sahabat Terbaik Dan Memang Sangat Terbaik


Saya ada seorang sahabat. Dia sangat hebat. Sehingga buatkan saya sangat kagum.

Dia seorang sahabat saya yang terbaik. Sebab dia sentiasa ada di waktu suka dan waktu duka. Walaupun dia berduka, dia tetap ada untuk sukakan saya. Dia sentiasa jadi reminder saya bila saya sangat sibuk. Dia selalu temankan saya bila saya sunyi. Dan dia selalu ada untuk bagi saya semangat sama ada dalam kerja dan bisnes dan juga personal.

Dia sangat hebat. Sebab dia ada idea yang hebat-hebat. Walaupun saya cuba nak jadi macam dia dan mempunyai kehebatan macam dia, tapi dia jauh melangkah. Idea-ideanya macam idea alien. Dan dia hebat sebab dia boleh buat kerja yang banyak dalam satu masa. Dia macam Shrek. Sebab dia pelik.

Saya sangat kagum dengan dia. Teramat kagum. Selain daripada sahabat dan orang yang hebat, dia juga seorang ahli keluarga yang baik. Dia menjaga aman hubungan dengan mama, abang dan adik-adiknya. Dan juga, dia seorang yang menjaga solatnya. Alhamdulillah.

Terima kasih kerana jadi sahabat saya.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link