ShoutMix chat widget

Saturday, April 16, 2011

Secret Admirer Yang Memang Secret La!


Baru ja log in akaun personal fb. Ternampakla satu album ni. Terus bukak. Sebabnya.. Pasal secret admirer. Bukan dia admire saya, tapi saya yang admire dia (sampai sekarang dia xtahu)

Kisahnya sebab dia datang pinjam buku teks. Masa tu smua dah nak balik asrama. Saya ja yg xkemas buku lagi sbb nk siapkan homework add math (sbb yg ni paling xreti). Masa tu khusyuk tunduk siapkan keje. Tiba-tiba ja dia berdiri depan, siap tercegat.. Ngan slow-slow saya angkat muka dan dia cakap, ‘boleh saya pinjam buku teks matematik awak?’ (Kat mrsm kami kena beli buku teks sendiri)

Syazani namanya.. Harap-harap dia xbaca blog ni..

Yang paling best, kami ni satu homeroom. Jadi selalu jumpa bila ada perjumpaan mentor mentee. Satu hari tu dia sakit. Lama xdatang maktab. Mentor kami (Puan Nik Adoonie kat mana sekarang??) pun buatla lawatan ke rumah dia kat kelate. Dekat istana kelate.. Bukan istana tp dekat-dekat tu la. Jadi blehla jumpa dia. Tu last jumpa dia sebab dia pindah.

Dan sekarang dia masih xda teman wanita! Walau bagaimanapun, semua dah TERLAMBAT…


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link