Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Saturday, January 29, 2011

Patutla Kena Jadi Cikgu Sains, Bukan Cikgu Matematik



Macam-macam yang menyeronokkan hari ini. Pagi tadi pasal kucing hitam (masa nak kuar dari rumah, kucing tu masih standing still – dalam 3 jam jugakla lepas kami balik dari sarapan nasi kerabu sedap tu). Kucing yang setia.. setia menunggu.

Lepas tu kena g bank. Inilah kerja apabila masa cuti – depositkan duit. CDM bila ari sabtu, kalo hari kerja kena masuk kaunter. Tadi ramai orang. Ramai kat ATM. Yang cash deposit 4 orang (Kak long, saya, Izat dan sorang ntah sapa).

Masa kami duk deposit duit tu, jeling-jeling jugak orang belakang. Alahai.. Sian plak dia terpaksa menunggu lama. Lalu kami pun berila dia peluang untuk depositkan duit dulu. Setel pasal orang tu, kami kembali menguasai CDM. Hehehehe!!!

Saya dan Izat jadi guards untuk Kak long ja. Sambil tunggu Kak long mendepositkan duit tu, terjadila perbualan yang mengganggu pikiran Kak long.

Izat, “Cuba baca nombor ni”

Gambar diambil ketika di CDM. Namun terpaksa edit atas sebab keselamatan

Safra, “Sa puluh ratus ribu puluh ribu ratus ribu juta, puluh juta…. Errrrr……. Satu ratus.. Eh.. Brapa ya”

Kak long, “Korang buat apa?”

Izat, “Cuba baca nombor ni”

Kak long, “Senang ja ni.. Seribu enam ratus satu…… hehehehhe!!! Macam mana ya?”

Maka ia berakhir dengan sebegitu sahaja dan kami pulang ke rumah yang sejauh 65 km kot.. Pahang ni memang besarla …………………………………………

Setelah 3 jam berada di rumah, tiba-tiba teringat balik pasal nombor tu. Maka dengan bersungguhnya saya mendapatkan jawapan. Flash back and recall the previous lesson masa sekolah rendah dan sekolah menengah. Masa UPSI, lecturer dah xajar cara baca nombor..

Setelah lebih kurang 7 minit mencari-cari jawapan, akhirnya dapat jawapan yang terbaik…

Seratus enam puluh dua ribu satu ratus enam juta sembilan ratus lapan puluh tujuh ribu seratus sepuluh ringgit..

Cuma, betul ke tak betul jawapan tersebut? Sapa nak tolong jawab????


♥♫♥♫♥ UNSTOPPABLE ♥♫♥♫♥

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link