ShoutMix chat widget

Saturday, January 29, 2011

Kucing Hitam Dan Unstoppable.. Waaaa!!!






Masa dalam perjalanan kaki ke gerai makan tadi, terserempak dengan seekor kucing hitam. Kurusla nampak. Pastu cakap kt dia, ‘Ko pergi cari makan kt dewan makan asrama. Banyak makanan kat situ’. Lalu aku dan kak long meneruskan perjalanan ke gerai makan.

Sampai di gerai makan, ada pulak seekor kucing hitam yang lain. Nampak sihat ja. Duk menggesel2 kat kaki kami waktu kami tengah pilih makanan

Setelah pilih makanan, kami pun pilih tempat yang ada cahaya matahari lebih. Kak long cakap, baik untuk dapatkan vitamin D. heheheheh!!!

Ketika syok makan tu, kucing hitam tadi datang dan gesel2 lagi kat kaki kami. Mula-mula aku dan kak long ok lagi. Tapi lama-lama rasa nak tikam ja ngn garfu. Hahahahah!!! Kami tolak-tolak kucing hitam tu sebab dah geram sangat. Tapi kucing hitam tu masih lagi berusaha menggesel2 badan dia untuk dapatkan makan. Walau bagaimanapun, aku dan kak long bagi juga beberapa potong makanan untuk kucing hitam itu.

Ketika itu, aku terpikir, kucing hitam ni memang BUAT SAMPAI JADI dan UNSTOPPABLE usahanya. Walaupun annoying, tapi berjaya jugak kucing hitam itu dapatkan makanan daripada kami bdua (disebabkan kami berdua ja kat gerai tu. Jadi kucing hitam tu xda prospek lain)

Setelah siap makan dan kenyang, kami pun kembali berjalan pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ni pun kami nampak kucing hitam yang kurus tadi. Standing still situ dan mungkin menunggu satu miracle macam dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Tiup ja dapat makanan. Kak long pun cakap, ‘Nila akibatnya kalo menunggu ja. Usaha xda langsung. Kucing hitam tadi dah kenyang sebab buat sampai jadi’. Terjadilah gelak besar antara kami.

Kesimpulan daripada pengajaran yang berlaku pada kami pagi ni ialah – walaupun ada banyak halangan, siap nak kena tikam lagi, namun akhirnya berjaya dapatkan gol kita. Tapi bagi sesiapa yang menunggu dan melihat saja, makin lama ia makin merosot, macam kucing hitam yang kurus tadi. What a great lesson for US!!! Alhamdulillah.


♥♫♥♫♥ UNSTOPPABLE ♥♫♥♫♥

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link