ShoutMix chat widget

Friday, July 29, 2011

Sains Tingkatan 5 | Beza Vaksin Dengan Serum



Pelajar-pelajar Sains Teras Tingkatan 5 mesti tahu pasal vaksin dan serum ni (kalau ingatla). Jadi untuk sapa-sapa yang xingat beza antara 2 jenis ni, meh saya nak terangkan.


Vaksin berasal dari bahasa latin ’vacca = melemahkan’. Vaksin ialah suatu kuman (bakteri/virus) yang sudah dilemahkan yang kemudian dimasukkan ke dalam tubuh seseorang untuk membentuk kekebalan tubuh (imuniti aktif). Cara memasukkannya ke dalam dengan disuntik ataupun dengan oral. Fungsi utama vaksin adalah untuk mencegah suatu penyakit yang diakibatkan oleh kuman.


Serum adalah suatu cecair tubuh yang mengandungi sistem kekebalan terhadap suatu kuman yang apabila dimasukkan ke dalam tubuh seseorang, maka orang tersebut akan mempunyai kekebalan terhadap kuman yang sama. Fungsi utama serum adalah mengubati suatu penyakit yang disebabkan oleh kuman.


Mana yang boleh kita pilih untuk pembentukan kekebalan tubuh? Tergantung keadaan dan keadaan. Jika kita mahukan pencegahan terhadap sesuatu penyakit, kita boleh pilih vaksin. Namun apabila kita telah terkena oleh sesuatu penyakit, maka kita pilih serum.


Vaksin

Serum

Kuman (bakteri/virus) yang sudah dilemahkan yang kemudian dimasukkan ke dalam tubuh seseorang

Cecair tubuh yang mengandungi sistem kekebalan terhadap suatu kuman

Vaksin disuntik ke dalam tubuh seseorang sehingga sistem kekebalan tubuhnya memberikan respon terhadap vaksin tersebut

Serum dibuat dengan cara memasukkan vaksin ke dalam tubuh suatu haiwan (lembu, kuda, kambing, dll) sehingga kekebalan tubuhnya memberikan respon terhadap vaksin tersebut.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link