ShoutMix chat widget

Monday, July 25, 2011

Pentingnya Bank Emosi


Kita semua tahu pasal akaun bank untuk RM. Tapi tahu tak ada bank lain jugak iaitu Bank Emosi. Maksudnya jumlah kepercayaan dalam satu perhubungan.


Kepercayaan dalam hubungan ni boleh dibuat dengan cara bersopan, kebaikan, kejujuran dan komited. Kalau satu kali tersalah, dan kesalahan ini lebih kecil daripada jumlah dalam akaun Bank Emosi, xkan jadi masalah.


Bagaimana pula kalau bank ini kekurangan isinya? Susahla jadinya. Contohnya si A selalu buat salah pada si B, dan menyebabkan si B susah untuk mempercayainya lagi walaupun si A sudah banyak kali berbuat kebaikan untuk menebus kembali kesalahannya. Nampak x kepentingan 4 perkara (sopan, kebaikan, kejujuran dan komited)..


Cara-cara untuk sentiasa depositkan ke dalam akaun Bank Emosi:

Memahami orang

Ambil kira walaupun perkara itu kecil sahaja

Jaga komitmen

Jelaskan keadaan sebenar

Tunjukkan integrity peribadi

Minta maaf dengan ikhlas jika ada kesalahan

Sayangi dengan ikhlas


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link