Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Wednesday, May 18, 2011

Mindset Seorang Usahawan



Sebagai seorang pengamal Neuro Lingkustik Programming (NLP), sikap belum cukup penting kerana sikap hanyalah hasil yang terjelma dari dalam diri kita. Sebenarnya, mentaliti, kepercayaan, gaya berfikir dan mindset yang dimiliki oleh seseorang individu itulah yang menentukan sikap diri atau personaliti individu tersebut.


Mindset yang betul menghasilkan sikap yang betul. Pemikiran yang positif melahirkan sikap yang positif. Mentaliti mengharapkan bantuan sahaja yang dimiliki oleh usahawan kaum melayu menjadikan seorang usahawan yang lemah daya saing berbanding usahawan kaum cina yang bermentalitikan “survival mindset” iaitu semangat juang di dalam perniagaan mereka.


Kerana itulah pembentukan cara berfikir atau mindset seseorang individu yang baru melangkah ke alam perniagaan adalah sama penting dengan kemahiran (skill) lain yang perlu dimiliki oleh seorang peniaga seperti kemahiran kewangan, strategi pemasaran, kemahiran menjual dan sebagainya. Meninggalkan salah satu faktor asas ini hanya meningkatkan risiko kegagalan seseorang usahawan.


Jadi kepada bakal atau meraka yang sudah menjadi usahawan, apa yang anda tunggu lagi? Program semula pemikiran dan mentaliti anda, supaya anda memiliki satu senjata ampuh apabila anda melangkah di dalam dunia perniagaan!


*Kredit untuk MajalahNiaga

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link