ShoutMix chat widget

Saturday, May 28, 2011

Dr Azizan - Sikap Yang Menyebabkan Kegagalan Dalam Bisnes


Semalam pergi seminar Dr Azizan Marketing Power. Dalam masa 3 jam saya mendapat banyak ilmu baru dan membuka mata saya bagaimana networking saya akan bertambah. Sapa yang nak tahu selanjutnya boleh sertai seminar itu bila ada peluang.

Saya nak kongsikan sedikit perkara yang menarik bila Dr Azizan cakap ada 10 perkara menyebabkan seseorang tu gagal. Bagi saya bukan saja dalam dunia perniagaan malah dalam dunia seharian sekali pun.

Antara yang menarik untuk dikongsikan ialah seperti situasi di bawah (cth ni adalah rekaan saya)


Mak cik A: Uih….. Dahsyat betul budak ni. Sampai seminggu cuti. Xkanla sakit sampai seminggu cuti.

Mak cik Z : Dia sakit kuat kot..

Mak cik A : Mana ada sakit kuat. Aku tengok kelmarin dia ok ja

Mak cik Z : Kot-kot semalam ke baru sakit

Mak cik A : Mana ada sakit semalam terus dapat cuti seminggu.. Kau cayala aku. Aku kenal sangat dia tu. Pemalas!

Mak cik Z : Dahsyat jugak budak. Eh.. Apa nama dia?

Mak cik A : Aku xtahu nama dia

Mak cik Z : Aik.. Nama pun xtahu, xkan kau kenal sangat dia tu.. Ke kau ni yang dahsyat………

Situasi di atas adalah contoh bagi sikap pemBIAWAKan… Hahahaha!!! Naya sungguh sapa dapat kawan ngan orang seperti ini.

Don’t walk away from negative people, but RUN!!!!


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link