ShoutMix chat widget

Saturday, April 9, 2011

Khas Untuk Pasangan Yang Belum Berkahwin Saja




Tentu ada yang bengang dengan pasangan masing-masing kurang mesej, call, apatah lagi nak jumpa, betul x?

Sebenarnya bagus kalo dia gitu. Tau kenapa? Sebab kita boleh simpan duit belanja. Dan guna duit belanja tu untuk multiply. Nanti xperlula kita cari duit lain macam buat loan ke.

Contohnya :

Pasangan 1

Mesej :

0.01 sen (maxis ke maxis) x 60 minit (setiap minit diorang mesej) x 8 jam (paling kurang kot) = RM4.80

Call

60 minit x 12 sen = RM7.20

Jumlah sehari

RM4.80 + RM7.20 = RM12.00

Jumlah sebulan

RM12.00 x 30 hari = RM360


Pasangan 2

Mesej

0.01 sen (maxis ke maxis) x 5 saat (5 saat ja diorang mesej dalam sehari, jimat masa kan!) = 0.05 sen (Wahh… Sangat menjimatkan!)

Call

0 minit x 12 sen = 0 sen

Jumlah sehari

0.05 sen + 0 sen = 0.05 sen

Jumlah sebulan

0.05 sen x 30 hari = RM1.50


Ha.. tengok, kan sangat jimat! Belum lagi kira duit tengok wayang, makan-makan kt kedai, beli hadiah, tolong dia pinjamkan duit atau isikan tangki kereta.

Kalau Pasangan 1 buat macam Pasangan 2, 2 bulan (RM360 + RM360 = RM720) dah boleh buat bisnes dan multiply duit.

Tapi.. ada buruknya juga. Kalau Pasangan 1 buat macam Pasangan 2, xbolehla multiply bilangan ahli keluarga. Sebab xda sapa nak kawin kalo sampai tahap tu xnak mesej, call, jumpa, makan-makan.. Xkawin pun xpala. Hehehehhe!!! Sekadar gurau pagi sabtu.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link