
Dalam gambar video yang diambil dari NTV Jepun melalui APTN, asap keluar dari Fukushima Daiichi Unit 1 di Okumamachi, Wilayah Fukushima, Jepun, Sabtu, 12 Mac 2011
Sendai, Jepun - Sebuah letupan di sebuah stesen tenaga nuklear merobohkan tembok satu bangunan mengakibatkan asap dan pegawai-pegawai Jepun mengatakan mereka bimbang reaktor itu cair selepas kegagalan system pendingin dalam gempa kuat dan tsunami.
Apa kebaikan dan keburukan tenaga nuclear ni? (Cek buku sains tingkatan 4)
| BIDANG | KEGUNAAN | CONTOH BAHAN |
| Perindustrian | Mengesan kebocoran paip bawah tanah | Radioisotop iodin |
| Pertanian | Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan | Fosforus-32 |
| Perubatan | Membunuh sel barah | Kobalt-60 |
| Arkeologi | Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon") | Karbon-14 |

| KESAN AKIBAT | KESAN |
| Kemalangan | Alam sekitar tercemar, maut, kanser, kemandulan |
| Pencemaran | Alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas |
| Peperangan | Pembinaan senjata pemusnah yang besar |


