Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Monday, March 28, 2011

Mengantuk Selepas Makan


Hari ini hari mengantuk di sekolah. Lepas ja makan nasi goreng, walaupun skit ja, tapi memang mengantuk. Fuuuhhh… Siap nk terlena masa pegang buku. Pastu pusing-pusing bilik guru. Tapi xhilang jugak.

Sebenarnya, rasa mengantuk selepas makan ni adalah normal. Terutamanya bila kita makan makanan yang manis-manis atau makanan beroti. Sebabnya makanan-makanan ni ada gula dan gula ni mencetuskan otak untuk menghasilkan lebih serotonin iaitu suatu neurotransmitter. Serotonin adalah produk daripada otak yang membantu kita tidur pada waktu malam.

Pada sesiapa yang keje pada waktu siang ni xblehla kan nak tidur. Sian plak terpaksa tahan ngntuk. Jadi macam mana nak elak masalah ngntuk sebegini?

Ubah diet kita. Elakkan makan makanan yang tinggi gula dan gandum.

Pilih makanan yang lebih merangsang otak seperti sayuran, salad hijau, protein tanpa lemak, ikan, ayam, atau kacang. Makanan-makanan ni mengambil masa untuk meningkatkan kadar gula dalam darah kita. Sebabnya mereka ni mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan dan insulin meningkat dengan kadar perlahan.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link