| 7 pg | Ke asrama untuk perhimpunan pagi (pusing2 sambil check lencana – pantang tul students xpakai lencana) |
| 716 pg | Punch card... Lagi 4 minit untuk tersenarai dalam list dan disebut dalam mesyuarat |
| 730 pg | Perhimpunan pagi sekolah. Hari ini hari koko. Tadi badan beruniform bomba yang kena kawad |
| 740 pg | Perjumpaan rumah sukan Laksamana. Selaku guru bola jaring, kena sediakan 10 pelajar untuk perlawanan petang esok |
| 820 pg | Pergi kantin dan makan. Menu : mee goreng dan milo kosong suam |
| 930 pg | Siapkan bahan LADAP. Latihan Dalam Perkhidmatan, potostat soalan latihan sains tingkatan 5 untuk cuti sekolah ni dan siapkan minit mesyuarat bola jaring |
| 950 pg | Tanda buku students. Lepas tu cop. |
| 1040 pg | Kelas sains 5 Al-Battani. Sapa xbawak buku teks, xpayah masuk makmal. Hahaha! |
| 1200 tghari | Edarkan soalan sains yang dipotostat tadi untuk semua kelas tingkatan 5. |
| 1230 tghari | Makan tengahari kat kantin. Senang, xpayah nak masak-masak |
| 1300 tghari | Study sikit untuk masuk kelas aktif. Senang nak jawab pepe soalan yang kadang-kadang xmasuk akal |
| 1320 tghari | Kelas sains 5 Al-Razi. |
| 1440 ptg | Yeeee!! Setel ari ni. |
| 1500 ptg | Punch card dan meninggalkan sekolah dengan rasa puas hati sangat |
| 1545 ptg | Keluar untuk latihan bola jaring |
| 1730 ptg | Fuuuhhh!! Setel training. Semangat pulak dengan Laksamana. Sebab cikgu-cikgu2nya sangat bersemangat. Hujan-hujan pun still nak main. Alhamdulillah. Ari ni xbertugas asrama, jadi bolehla rehat. |
| 1740 ptg | ONLINE!!!! Nila masa yang sangat ditunggu2. masa ni cek inbox, contact prospek dan buat post baru di blog |
| 2145 mlm | Masih online ngn mata separuh terbuka. Pk sok ada kelas seni dan sains, dan perlawanan akhir rumah sukan. |
| 2150 mlm | Macam nak tido jela.. |
Oppsss!! Lupa… Adik suruh isi borang Program Lepasan SPM / Setaraf online… boleh sok x? Ngantuk..
ESOK PASTI LAGI BEST DARI HARI NI!


