Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Sunday, April 10, 2011

Tugas Cikgu?




1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid.

1 kelas = 45 orang murid

Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 buah buku

Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas

5 X 135 = 675 buah buku

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kadang-kadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

8. Menghantar murid ke Klinik

9. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

10. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

11. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

12. Mengisi data murid SMM

13. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

14. Memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

15. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

16. Mengecat sekolah

17. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

18. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

19. Menyiapkan program Head Counting

20. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

21. Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

22. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

23. Mengendali masalah / kebajikan murid

24. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

25. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

26. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

27. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

28. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

29. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

30. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

31. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

32. Perkembangan staf

33. Mengendalikan perhimpunan murid

34. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. Tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seorang guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.


SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU

HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link