ShoutMix chat widget

Tuesday, April 12, 2011

Cikgu Safra Paling Garang? Hahaha!! Xlogik!


Rasa nak tergelak hari ini bila ada cikgu yang cakap, ada budak cakap Cikgu Safra paling garang dalam kelas diorang. Hahahahah!! Lawak sungguh sebab xpernah pun garang.

Cuma ingat balik, kalo kelas 5KM1 tu, bising budak-budaknya. Maklumlah, 31 lelaki, 5 perempuan. Mana xharu biru kelas. Ada yang bersila atas kerusi (Fairul Azri), ada yang tanggal kasut dan stokin (Lutfi Helmi), ada yang menyanyi (Izzat), ada yang suka kacau kawan-kawan dia (Shaifullah) dan belum campur lagi yang lain.

Disebabkan saya kurang gemar menggunakan emosi ‘sakit hati’ dengan macam-macam kerenah, saya cari kat mana weakness diorang ni. Ha! Jawapannya, diorang xsuka salin banyak-banyak. Jadi strategi saya ialah membuat ayat berbentuk :

SEMAKIN KAMU BISING, SEMAKIN BANYAK KERJA YANG SAYA BERI.

JADI NAK BISING KE NAK DIAM?

Dengan serta merta kelas akan sunyi. Dan proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan lancar. Kehkehkehkeh!!!! Saya buat cara ni pada kelas tingkatan 2, 4 dan 5. Memang sangat berkesan!


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link