ShoutMix chat widget

Tuesday, April 5, 2011

Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu



Sejak tukar subjek Math n Sains ke dalam Bahasa Inggeris, sudah agak tertukar nak guna perkataan Bahasa Melayu. Masa belajar dari matrik lagi adalah dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan dari Bahasa Melayu sepenuhnya masa Tingkatan 1 hingga 5, tiba-tiba kena tukar terus ke Bahasa Inggeris di matrik.


Di university pun macam tu jugakla. Tapi lama-lama boleh terima terms dalam Bahasa Inggeris. Apa-apa explanation pun menggunakan Bahasa Inggeris. Kalo guna Bahasa Melayu sudah jadi kekok.


Dan sekarang bila jadi cikgu sains, di kelas-kelas yang tengah, cikgu perlula translate ayat-ayat dan terms ke dalam Bahasa Melayu. Sehinggakan cikgu sudah blur nak guna ayat macam mana. Nampaknya otak cikgu yang clash.


Contohnya sakni tengah siapkan bahan utk pnp esok. Nak translate ‘rubber stopper’. Lama pk apakah perkataan Bahasa Melayu nya. Tambah-tambah dalam keadaan mengantuk gini.. Hehehehhe!!!


Tahun depan ditukar balik ke Bahasa Melayu. Alahai.. Siannya cikgu. Nota-nota yang dibuat sebelum ni dalam Bahasa Inggeris kenala ditukarkan ke Bahasa Melayu. Kalo mengajar 3 tingkatan x 8 bab = 24 bab. 24 bab x 6 subtopik = 144 subtopik.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link