Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Friday, March 18, 2011

Warna Alam Dan Waktu Solat - Kaitannya Dengan Manusia



Solat

Warna alam

Kesan solat di awal waktu

Kesan solat ditinggalkan / dilewatkan

Subuh

Biru

Rezeki dan komunikasi

Sedih, mudah bosan, risau

Zohor

Kuning

Pemikiran menjadi kreatif, tajam, peka, prihatin dan ceria

Masalah di perut

Asar

Oren

Kreativiti

Lemah tenaga batin / pundi kencing

Maghrib

Merah

Keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang

Menghampiri frekuensi jin dan iblis

Isyak

Indigo

Membantu organ penghadaman

Gelisah


Setiap peralihan waktu solat wajib sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.


Waktu Subuh

Pukul 6 - 7 pagi warna biru muncul menggantikan indigo. Sebenarnya mengapa kita tidak dibenarkan tidur selepas subuh adalah kerana warna biru mempertenagakan kelenjar tiroid. Bila kelenjar tiroid kita lemah seseorang itu akan mengalami masalah kehausan sepanjang hari.

Orang yang mudah sedih, mudah bosan, risau adalah mereka yang suka tidur antara pukul 7 – 11 pagi.

Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (jaga daripada tidur). Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Seterusnya warna kuning pula mengambil tempat di amosfera. Ia muncul pada pukul 11.00 pagi - 7.30 petang. Pada waktu ini berfikir ialah aktiviti yang terbaik untuk dijalankan. Berfikir pada waktu pagi ialah pemikiran yang membawa ketenangan. Pada waktu malam, organ ini tidak aktif dan permikiran pada waktu malam tidak akan menemui jalan penyelesaian.

Ketika ini warna kuning mendominasi atmosfera. Mengurangkan makan pada waktu kuning (siang hari) ialah amalan yang terbaik untuk menjaga supaya pemikiran menjadi kreatif, tajam, peka dan prihatin di samping membantu meringankan beban proses penghadaman. Ini adalah mengapa kita amat digalakkan untuk melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis bagi mengurangkan bebanan organ penghadaman di samping menajamkan pemikiran.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang - ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Seterusnya warna oren pula muncul pada pukul 5.00 petang hinggalah 7.30 malam.

Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur). Mereka yang suka tidur pada waktu ini, akan menghadapi lemah tenaga batin dan alat kelamin atau pundi kencing.


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Warna indigo muncul pada sebelah malam iaitu antara pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam. Indigo juga muncul selama lebih kurang 3 jam iaitu dari pukul 3.00 pagi hingga ke 6.00 pagi. Tugasnya adalah untuk membantu organ penghadaman. Kita amat digalakkan makan sebelum pukul 9.00 malam bagi memastikan segala makanan kita terhadam dengan baik.

Seterusnya alam memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Fasa kegelapan adalah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Waktu ini kita digalakkan untuk tidur dengan lena bagi merehatkan otak. Mereka yang tidak mendapatkan tidur yang lena pasti akan kelam kabut dan keletihan pada keesokan harinya. Inilah antara punca pelajar kurang fokus pada pelajaran. Sepatutnya waktu ini pelajar masuk tidur dan seboleh-bolehnya tidur tanpa memikirkan sebarang masalah. Dapatkan tidur yang cukup lena untuk memastikan agar mereka boleh fokus pada pelajaran pada keesokkan harinya.

Sebelum pukul 2.00 pagi atmosfera mula bertukar kepada warna pink. Ketika ini kita masih lagi diperlukan untuk tidur. Mereka yang tidak lena tidurnya pada waktu ini mudah diserang oleh penyakit pening kepala atau migrain.


Warna violet pula mula muncul di atmosfera ketika jam menganjak ke pukul 2.00 pagi. Violet akan mendominasi suasana sehingga pukul 3.00 pagi. Ketika ini kita disunatkan untuk bangun bersembahyang tahajjud, dan pelajar bangun untuk mengulangkaji pelajaran. Warna violet ini mengawal fokus kita, ketika ini minda amat fokus pada setiap aktiviti bacaan atau ibadah yang dilaksanakan. Violet juga muncul pada jam 9.00 malam hingga 12.00 malam. Ketika waktu ini juga amat sesuai mengulangkaji pelajaran atau melakukan aktiviti yang memerlukan kita fokus atau khusyuk seperti membaca quran, mendengar ceramah, solat sunat dan sebagainya.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link