ShoutMix chat widget

Friday, January 21, 2011

Kenapa Impian Tak Tercapai Ya?





Semalam baca ‘YOUR ROAD MAP TO SUCCESS’ tulisan John C.Maxwell. Baca 7 pages dah mengantuk. Hoho..

Berbalik kepada tajuk post kali ini – daripada pembacaan muka surat 32 dan 33, ada 5 points penting untuk develop our dreams.. (Sebenarnya apa impian dalam hidup ini?)

1 - Percaya diri sendiri

Rasanya yang ini dah biasa sangat dengar kan. Cuma kena sentiasa sedar, tidak semestinya kita genius, bertuah dan kaya untuk berjaya. Tuhan kan adil.

2 – Hilangkan rasa ego

Yang ini memang kena sentiasa ingat. Sebabnya kat mana-mana, contohnyalah kat sekolah, budak-budak kelas atas tak bergaul dengan budak-budak kelas bawah. Walaupun begitu, mengikut pemerhatian saya sebagai cikgu yang baru setahun 3 bulan jadi cikgu, budak-budak kelas tengah dan bawah ni lebih realistik tentang KEHIDUPAN.

3 – Tambahkan lagi rasa tak puas hati

Betul-betul. Contohnya bila tengok blog orang, followernya fulamak… Boleh timbulkan rasa stress yang positif. Daripada menerima pujian lepas tu puas hati lepas tu tak buat keje dah sebab dah rasa complete. Success is a journey… Jom jalan lagi

4 – Larikan diri daripada tabiat biasa

Macam yang selalu dicakap-cakap dalam kelas (masa penutuplah sebab nak bagi budak kendur sikit stressnya – DO THE SAME, GET THE SAME)

Bila bangun pagi-pagi dah tahu nak buat apa. Bertahun-tahun dah nak masuk jubli perak pun masih benda sama. Apa kata kalau buat lain dan dapat benda lain pulak?

5 – Seimbangkan kreativiti dengan karakter

Orang-orang yang berjaya ni, diorang ada kreativiti untuk menggambarkan apa yang diorang nak dan ada usaha untuk merealisasikannya.. Hmmm…


♥♫♥♫♥ UNSTOPPABLE ♥♫♥♫♥

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link