Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Tuesday, February 25, 2014

Pengambilan & Pemakanan Minyak Kelapa

Membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu
memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin lagi-lagi
jika mula disapukan seawal 7 bulan mengandung dan diteruskan sehingga
selepas bersalin.

Minyak kelapa dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada
kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia. Menurut Dr
Joseph Mercola (pengarang total health program) dan Rachael Droege
(kedua-duanya merupakan pakar kesihatan), kandungan lauric oil dan
capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam minyak kelapa dara akan
bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap
jauh kedalam kulit dan membunuh segala virus, bakteria dan protozoa.

Minyak kelapa dara ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda
yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang
perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan
bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit,
juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam
susu), kulit kering dan melecet. Anda tidak perlu bimbang kerana
minyak kelapa dara ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun
bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link