ShoutMix chat widget

Saturday, February 15, 2014

Buat Baik Pada Orang Ya

Balik daripada Giant Taiping bawak Aisyra main kat sana. Seronoknya
dia lari sana sini. Tapi mama papa dia yang penat sebab kena tengok
dia setiap saat. Yela baru umur 1 tahun 2 bulan, kaki pun baru nak
pandai lari, risau juga kalau kena tempuh dengan abang abang kakak
kakak.

Pasal kena tempuh ni, tadi ada seorang budak ni nak turun gelongsor.
Masa tu Aisyra duk atas papan gelongsor. Dia main turun ja. Nasib baik
kami ada, bolehla angkat Aisyra sebelum dirempuh budak lelaki tu.
Budak tu dalam 3 tahun kot. Kami suami isteri saling berpandangan
sambil bercakap dalam hati 'amboi budak ni macam x da manner ja'

Lepas tu Aisyra main kat bawah pula. Dia jalan sana sini, masa tu saya
pula yang follow dia sambil suap makanan. Seronok bukan main tu. Masa
suap makanan, saya bongkokkan badan sikit untuk suap dia. Lepas suap,
saya pun bangun. Tiba tiba BUP!!! Terus saya pandang belakang. Ada
budak terguling sebab langgar bontot saya. Dan paling best ialah budak
itu ialah budak yang xda manner tadi. Kira balas balikla tanpa
sengaja!!

Apa lagi, kami suami isteri tergelak besarla. Puas hati pulak jadinya
walaupun xda niat pun nak balas. Tapi macam hukum 'WHAT YOU GIVE, YOU
GET BACK, ALWAYS IN DOUBLE!

---------------------------------------------
Jadikan Minyak Kelapa DaraAyu peneman bayi anda - untuk elak ruam dan
selesema! 014 291 4693
---------------------------------------------

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link