Tadi dapat whatsapp dari seorang customer Fiber Bidara. Dia whatsapp pagi pagi tadi yang dia dah cuba 1 sachet hari ini. Lepas tu tengahari whatsapp lagi. Macam dalam gambar di atas ^_^
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang di penuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok.
Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ianya amat sukar untuk di hapuskan. Jika anda mempunyai masalah BERAT BADAN, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat BANYAK NAJIS TERLONGGOK.
Apakah itu sembelit?
Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata “ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus ”.. Sebenarnya anda silap.
Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus
Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.
Apakah itu Najis Terlonggok?
Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat.
Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid.