Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Friday, February 28, 2014

Tanda Anda Mengalami Sembelit

Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai
salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami
sembelit):

KEKERAPAN UNTUK BERAK BERKURANGAN BERBANDING BIASA
Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika buang air besar (BAB)
Terasa sakit ketika BAB
Najis kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam najis arnab
atau najis kambing.
Tidak berasa puas selepas BAB - terasa macam ada lagi najis yang tak keluar.
Teran punya teran, alih-alih seketul najis pun tak terkeluar. Keluar
tandas dengan muka yang hampa.
Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur
Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang
ketika makan.


PUNCA-PUNCA UMUM SEMBELIT MELIPUTI:
Kurang pengambilan air
Kurang pengambilan serat
Kurang aktif
Stres
Malas nak ke tandas
Pandang remeh apabila terasa pola untuk (BAB) itu semakin mengurang
Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat
penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan
persekitaran (pergi bercuti).

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link