Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya, minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan minyak kelapa sebagai pengganti minyak sayuran lain akan menyebabkan kandungan kalori tubuh berkurangan. Jumlah kalori yang diberikan minyak kelapa dara memiliki kemampuan yang hampir sama dengan peranan karbohidrat kerana minyak kelapa dara dicerna dan diproses secara berbeza dengan lemak-lemak yang lain di dalam sistem penghadaman.
Tidak seperti lemak-lemak yang lain, MCFA (Medium Chain Fatty Acid) yang terdapat dalam minyak kelapa dara dicerna dan digunakan secara berbeza. Asid lemak tidak dikemas di dalam lipoprotein dan tidak diedarkan di dalam aliran darah seperti lemak-lemak yang lain, namun dihantar terus ke dalam hati (liver) di mana ia kemudian terus diubah menjadi tenaga sama seperti karbohidrat. Jadi, ketika anda memakan minyak kelapa dara, tubuh terus menggunakannya dalam menghasilkan tenaga, bukan menyimpannya sebagai lemak di dalam tubuh.
Salah satu jenis makanan yang dapat mempercepat metabolisma tubuh adalah minyak kelapa dara. MCFA meningkatkan metabolisma tubuh ke tahap yang lebih tinggi, dengan cara ini, tubuh dapat membakar lebih banyak kalori. MCFA tidak hanya dibakar untuk menghasilkan tenaga, namun MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa dara juga mendorong pembakaran Asid Lemak Rantai Panjang (LCFA) yang terdapat dalam lemak-lemak sayuran seperti minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak jagung. Dengan meningkatnya metabolisma, jumlah tenaga atau jumlah kalori yang dibakar meningkat.