Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Saturday, February 15, 2014

Memberi Dan Menerima

Hari ini memang menyedarkan saya apa yang saya cari selama ini. Iaitu memberi dan menerima. Setelah lama saya tidak memberi kerana terlalu berkira!

Kelmarin, saya mendapat keuntungan 10x ganda daripada apa yang saya beri. Ok mungkin itu kebetulan kata hati saya. Dan semalam, saya juga masih menerima keuntungan 10x ganda daripada apa yang saya keluarkan

Hal ini benar benar memberi pengajaran kepada saya. Sebelum ini memang saya memberi sebelum menerima. Akibat terlalu mahu rekod wang keluar masuk sehingga saya berkira mengenai wang keluar untuk charity, membuatkan saya hilang semangat. Alhamdulillah Allah menyedarkan saya sebelum saya betul betul hanyut

Dari Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, baginda telah bersabda yang maksudnya:

Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.

Perbuatan memberi dengan diiringi hati yang tulus akan membuatkan hati seseorang berasa tenang dan damai. Ya saya merasainya sekarang ^_^

..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link