Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Tahi jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang
mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit
nak 'meneran' sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni
terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama
tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan
diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk
buang air besar lagi ye.
Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu
normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3
dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin
ke tandas setiap hari.
Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang
ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam
usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda
cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7,
anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud
'diarrhea' iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali
sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan
sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat
nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih
bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
sumber : http://penpatah.blogspot.com/