Senang Hamil

ShoutMix chat widget

Wednesday, August 10, 2011

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Yang Menjentik Kesabaran Cikgu



Sejak semalam kami cikgu-cikgu di sekolah pulun utk isi markah dalam SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Patutlah ramai cikgu yang komen pasal ni. Sebabnya nak kena masuk satu markah then kemaskini, pastu masuk satu markah then kemaskini.. Kadang-kadang tu sampai duk kemas kini. Last-last log out sebab menyampah.

Bila rasa sendiri isi markah kat sini, baru rasa betapa membazirnya masa. Saya cuba kira waktu loading utk setiap students tu lebih kurang 10 saat. Kalau ada 200 students, maksudnya dah 2000 saat (lebih kurang setengah jam). Tu untuk satu peperiksaan sahaja. Xtermasuk peperiksaan suku tahun dan pertengahan tahun.

Rasanya penyelesaian yang terbaik ialah, buatla system yang lebih canggih dan dapat menampung beribu2 orang yang online pada satu-satu masa. Sebab benda ni melecehkan kerja cikgu.

Walau apa pun, NKRA tetap NKRA.. Ok! Saya Yang Menurut Perintah


..

.

Blogged.my calendario-biblico Free Automatic Link