Walaupun sebelum anda makan, apabila anda bau makanan yang lazat, lihat, atau berfikir mengenainya, penghadaman bermula. Air liur mula terbentuk di dalam mulut anda.
Apabila anda makan, air liur memecahkan bahan kimia di dalam makanan yang dan membantu membuat makanan seperti bubur dan mudah untuk menelan. Lidah anda membantu menolak makanan semasa anda mengunyah. Apabila anda bersedia untuk menelan, lidah menolak sedikit makanan (bolus) ke arah tekak dan masuk ke pembukaan esofagus anda, bahagian kedua saluran penghadaman. Esofagus adalah seperti paip elastik yang kira-kira 10 inci (25 sentimeter) panjang. Ia menggerakkan makanan dari bahagian belakang kerongkong ke perut anda.
Perut anda yang terletak di akhir esofagus ialah satu karung elastik yang berbentuk huruf J. Ia mempunyai tiga fungsi penting
Untuk menyimpan makanan yang anda makan
Untuk memecahkan makanan kepada 'liquidy mixture
Untuk emptykan liquidy mixture ke usus kecil secara perlahan-lahan
Perut adalah seperti pengadun yang menghancurkan semua bola kecil makanan yang diturunkan dari esofagus menjadi potongan-potongan yang lebih kecil dengan bantuan dari otot yang kuat dalam dinding perut dan jus gastrik yang juga datang daripada dinding perut. Di samping itu, jus gastrik juga membantu membunuh bakteria yang mungkin berada di dalam makanan yang dimakan.
Usus kecil memecahkan makanan supaya badan anda mampu menyerap semua vitamin, mineral, protein, karbohidrat, dan lemak. Usus kecil dibantu oleh 3 kawannya : pankreas, hati dan pundi hempedu. Makanan anda berada selama 4 jam di usus kecil dan akan become a very thin, watery mixture. masa ni, nutrien daripada makanan akan berpindah dari usus ke dalam darah.
Usus besar yang 3 atau 4 inci lebar (kira-kira 7 hingga 10 sentimeter) ialah hentian terakhir dalam saluran penghadaman. Seperti usus kecil, ia dipack di dalam tubuh, dan 5 kaki (kira-kira 1.5 meter) panjang jika anda bentangkan ia sebagai hamparan.
Sisa makanan melalui bahagian usus besar yang dipanggil kolon, di mana badan mendapat peluang terakhir untuk menyerap air dan beberapa mineral ke dalam darah. Sisa ini menjadi lebih keras sehingga ia menjadi pepejal (juga dikenali sebagai najis atau air besar).