Dalam kelas tadi, masih ada pelajar yang tak terdedah dengan perkataan khunsa. Dalam biologi, khunsa atau hermafrodit merujuk kepada organisma yang memiliki kedua-dua jenis alat kelamin iaitu jantan dan betina.
Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, pernah terjadi peristiwa di mana seorang lelaki bernikah dengan seorang khunsa. Tidak lama selepas mereka bernikah, khunsa itu menunjukkan tanda-tanda hamil. Suaminya menghadiahkan dia seorang hamba perempuan. Dengan takdir Allah, sifat kelelakian khunsa itu timbul dam menghamilkan hamba perempuan.
Peristiwa ini sampai ke pengetahuan Khalifah Ali dan menimbulkan permasalahan dalam masyarakat Islam ketika itu. Khalifah Ali dan sahabat mula bermesyuarat untuk menentukan jantina khunsa itu. Jika dia lelaki, bagaimana dia boleh menghamilkan hamba perempuannya?
Khalifah Ali yang arif dan bijaksana menyelesaikan masalah itu dengan menggunakan kaedah ilmiah. Khalifah berpendapat bahawa salah satu perbezaan antara lelaki dan perempuan adalah jumlah tulang rusuknya. Selepas menghitung jumlah rusuk khunsa tadi, Khalifah Ali mendapati salah satu tulang rusuk khunsa itu ganjil. Ini bermakna khunsa itu seorang lelaki kerana jumlah rusuk lelaki kurang satu daripada jumlah rusuk perempuan.
Ingat