Orang lari dalam Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia, saya lari ke rumah. Sebab xmakan lagi (alasan…). Pengetua siap tanya, ‘Awak lari ke x ni?’ Sebab mula-mula g sekolah pakai tshirt besar yang lebih saiz, g kali kedua, dah pakai baju lain.
Maaflah puan, saya xberapa sihat nak lari-lari. Kepala asyik pusing ja. Kalau pengsan tepi jalan, malula saya sebab kan ada record semua tu.
Isnin lepas g klinik sebab bila baring pun rasa berputar siling. Penolong pegawai perubatan bagi ubat nama Cinnarizine. Cari-cari dalam google, ubatnya untuk orang mabuk laut. Huhuhu.. Sampai kena makan ubat elak mabuk laut lagi ni peningnya. Macam mana saya nak lari…..
BP normal, kencing manis xda, hb pun normal.. Jadi apa masalahnya? Saya perasan selepas ja syampu rambut pagi-pagi, jadi pening. Maka, saya pun syampula dengan kuantiti yang sedikit supaya peningnya sedikit.
Kenapa bila pakai syampu tu jadi pening? Banyak chemical sangat ya? Abis tu macam mana nak syampu rambut? Pakai bunga raya? Atau pakai hirisan limau nipis ja?
Petua kilatkan rambut:
1. Campurkan satu cawan santan kelapa dengan satu cawan air perahan limau nipis
2. Lumur pada kepala.
3. Biarkan beberapa minit.
4. Bilas kepala