Ngadap pc ja hilang idea. Ngadap pc ja hilang idea. Pelik sungguh…
Sepatutnya masa dapat idea, kena terus tulis dalam buku kecil atau apa-apa buku. Sebabnya kita akan cepat lupa. Dan pernah saya terbaca dalam buku mengenai idea kita yang hebat pada malam ini, tetapi kelihatan ‘bodoh’ pada esok pagi. Pernah alami kan?
Satu lagi cara untuk sentiasa dapat idea ialah dengan sentiasa berfikir. Sesiapa yang jarang-jarang guna otak untuk berfikir adalah orang yang paling malang di muka bumi ni. Selalunya idea tu datang apabila kita melihat, mendengar atau mengalami apa-apa situasi. Dan jika idea tu dibincangkan dengan kawan-kawan yang juga suka berfikir, maka idea tu akan makin lebih hebat.
Kadang-kadang idea yang kita pk biasa atau kita memang dah tahu, sebenarnya ia adalah ‘emas’ bagi orang lain. Contohnya A tahu macam mana nak hasilkan satu video untuk mantapkan perniagaan tetapi dia xbuat sebab dia pk simple. Manakala B pulak mengambil peluang tu dan menjualnya sehingga menjadi satu income pasif.. Jadi, bukan sahaja idea yang penting. Malah ACTION juga.