Mesti semua tahu apa kegunaan pakai pendakap gigi kan. Pendakap gigi atau nama saintifiknya, orthodontic braces atau brackets digunakan dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yang tidak rata.
Sebenarnya dah lama nak pakai pendakap gigi ni. Nak cantikkan susunan gigi. Dah lama nak pakai. Sejak zaman sekolah lagi. Cuma kejap timbul kejap tenggelam. Baru-baru ni pun timbul balik dan bila dapat tahu kena cabut gigi belakang, alamak!!! Xsanggup rasanya nak buang gigi-gigi ni!
Bila dah ambil keputusan untuk memakai pendakap gigi ni, kenala bersedia dari segi mental dan fizikal
Mental - maknanya sudah sedia untuk ada "benda baru" dalam mulut, rasa kurang selesa
Fizikal - persediaan dari segi kewangan, perbandingan harga dan juga alatan penjagaan mulut, ubat kumur, ubat gigi yang lebih sesuai dan sebagainya. Harga untuk pemakaian pendakap gigi ni adalah lebih kurang RM3500 di klinik swasta.
Ada jugak yang was-was pasal mengubah kejadianNya. Haram ke? Artikel yang diambil daripada iluvislam:
Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.