Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap
Jangkitan bakteria, virus atau fungus
Kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya
Kekurangan zat makanan
Tekanan
Kurang rehat atau tidur
Keadaan mulut yang kotor
Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser
Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.
Cara rawatan ulser
Letakkan garam ke atas tompokan putih tadi (Cara ini amat menyakitkan)
Dapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi
Diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria
Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut
Banyak minum air suam
Berehat dan tidur dengan cukup
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik
Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin C