Kafein dalam kopi mempercepatkan metabolisme kita (boleh didapati sebagai bahan utama dalam produk penurunan berat badan). Kafein dalam kopi ini juga meningkatkan pemecahan lemak, membebaskan asid lemak, yang digunakan untuk pengeluaran tenaga semasa latihan. Penukaran lemak kepada tenaga adalah sekitar 30% lebih efisien jika kopi diambil sebelum senaman
Adakah ini bermakna bahawa kafein membakar lemak? Tidak semestinya. Pemecahan lemak oleh kafein dalam kopi hanya boleh berlaku semasa senaman. Semasa lemak sedang dibakar, glikogen dan glukosa are being reversed, sehingga kadar gula dalam darah tetap tinggi untuk masa yang lebih lama. Kadar glukosa lebih tinggi mengelakkan kelaparan. Inilah sebabnya mengapa kopi sangat popular di kalangan mahasiswa.
Kopi dalam kafein meransang sistem saraf manusia, kemudian :
Meningkatkan kepekaan
Memberikan tenaga tambahan
Tahan mengantuk.
Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang berlebihan, akan memberi kesan. Antaranya:
Menyebabkan badan kehilangan kalsium, yang mana membawa kepada risiko osteoporosis
Sekiranya pengguna mengalami tekanan, atau mengalami penyakit gugup, pengambilan kafein akan meningkatkan lagi kesan tekanan dan gugup tersebut.
Badan menjadi penat dan lesu, ini kerana kafein menghilangkan rasa mengantuk. Badan yang tidak mendapat tidur yang cukup akan menjadi lesu.
Kencing yang kerap, pengambilan kafein akan menyebabkan pengguna selalu nak terkencing. Mungkin juga menyebabkan dehidrasi, iaitu badan kehilangan air yang banyak.