Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan ke serata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta).
______________________________________________________________
Frekuensi gelombang otak mempunyai 4 tahap utama iaitu:
Sedar (Beta: 15-30Hz) – Kita akan memikirkan sesuatu itu berdasarkan apa yang kita nampak dan rasakan mengikut daya pemikiran kita ketika itu
Bawah Sedar (Alpha:9-14Hz) – Kita berada dalam keadaan asyik dan fokus
Bawah Sedar (Theta: 4-8Hz) – Kita masih terjaga tetapi kita sangat asyik dan dikatakan khusyuk. Khusyuk di dalam solat seharusnya berada di frekuensi ini
Tidak Sedar (Delta: 1-3Hz) – Kita berada di dalam keadaan tidur, tidur mati. Kita tidak bermimpi dan tidur yang sangat puas dan cukup
Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.
Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha
Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.
Jika kita bersolat di masjid atau surau secara berjemaah, maka lebih kuat frekuensi thetanya kerana dari masjid dan suraulah azan dilaungkan. Sebab itu kita lebih mudah mencapai tahap khusyuk jika bersolat di masjid atau surau di awal waktu. Maha Besar Allah yang menjadikan sesuatu itu tidak ada sia-sianya.
Besarnya kuasa Dia..