1. Law Of Attraction “LOA”. (Hukum tarikan)
Cara menggunakan hukum LOA adalah dengan cara melakukan sedekah dengan ikhlas. Memberi ringgit akan mendatangkan lebih banyak ringgit dalam hidup anda. Ketika anda bermurah hati tentang ringgit, merasa behagia bila bersedekah, sebenarnya minda bawah sedar anda berkata "saya mempunyai banyak ringgit" maka minda bawah sedar akan bekerja bersama LOA, untuk membuat segala kemungkinan anda memperolehi ringgit. Inilah rahsia sedekah dengan iklas.
2. Declaration “ Dec ” . (Pengisytiharan)
Lakukan setiap hari di hadapan cermin sebelum anda memulakan tugas dan perniagaan anda dengan cara memegang dada anda, sehingga terasa getaran gelombang alpha 7 - 14hz di bahagian dada anda. Sambil anda mengucapkan "Saat ini saya apa pun yang saya inginkan menjadi kenyataan, saya semakin mempunyai banyak wang dan ringgit". Ucapkan sebanyak 21x. Mulakan pada hari isnin sahaja.
3. Intention “ Int ”. (Niat)
Bukanlah sesuatu yang anda lakukan tetapi niat adalah sesuatu yang anda hubungkan. Sila hubungkan diri anda dengan ringgit. Caranya setiap kali anda berbelanja ucapkan dalam hati "Ya Allah kembalikan kepada ku 10 kali ganda". Setelah anda menerima baki wang anda ucapkan, "Terima kasih Ya Allah kembalikan saya 10 kali ganda". Latihan ini akan membentuk persekitaran minda untuk menerima kembali apa yang anda belanjakan.
Lakukan latihan ini selama 6 minggu, anda akan melihat hasilnya 90 % sangat luar biasa.