Sebelum pakai MaryKay. Serius saya delete gambar sebelum sebab kulit eeerrrr |
Wahhh yang ni memang sangat bersawang. Last post pada 2015. Masa tu masih lagi berada di Taiping. Sekarang menetap di Pulau Pinang
Setelah lama mencari-cari idea untuk bisnes, yang boleh bagi passion baru pada saya. Saya sebenarnya sudah lama tepu degan bisnes lama. Sebab dah biasa sangat dengan situasi bisnes tu setiap hari. Dah 7 tahun lebih. Bila customers tanya soalan apa apa, dah tahu apa masalah sebenar dia
Sampai masanya saya kena bagi challenge baru, yang saya kena belajar benda baru. Setelah mencari-cari, memang mencari sungguh. Dah banyak kali tanya subconscious mind. Sampailah 1 masa tu saya bertanya kepada mind saya, semasa saya mandi, saya aktifkan dua dua belah hemispheres otak hehehe
Keluar dari bilik mandi, saya tengok whatsapp. Ada kawan lama nak datang rumah masa cuti deepavali, nak test skin MaryKay. wahhh! saya rasa inilah jawapan saya yang saya tunggu selama ini
Memang saya sendiri ada masalah kulit. Sejak mengandungkan Aura, kulit naik jeragat dan banyak biji kolestrol. Sampai saya sendiri malu nak tengok gambar. Sanggup delete gambar sebab nampak buruk hehehe
Sekarang ini saya masih lagi dalam bisnes lama. Consult mereka yang sedang berusaha hamil. Ya. saya suka sains dan saya suka dalam bidang tu
Dan sekarang saya dalam bidang kecantikan juga. Passion saya dalam bidang kecantikan kulit. Saya nak cantikkan kulit dan tonjolkan diri setelah lama saya menyorok dari kawan kawan lama. heheh!
.